Rabu, 4 Januari 2012

Shahrizat: Himpunan jalanan hanya bawa kekecohan

MALAYSIA KINI

Perhimpunan kempen "Bebaskan Anwar 901" pada Isnin ini, tidak wajar diadakan kerana ia akan membawa kepada kekecohan semata-mata, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Jangan kerana hanya seorang (individu) sahaja, negara jadi huru-hara," katanya merujuk kepada perhimpunan haram itu yang dirancang pada hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan keputusannya mengenai perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEShahrizat (kanan) yang juga ketua pergerakan Wanita Umno berkata selain menyalahi undang-undang, perhimpunan haram itu juga boleh menimbulkan risiko terhadap keselamatan orang ramai, lapor Bernama.

"Jadi kami minta polis supaya ambil tindakan sewajarnya. Kita tak nak negara dijadikan medan untuk mereka yang mempunyai kepentingan, membawa isu-isu ke peringkat jalanan, negara kita ada undang-undang," beliau dipetik sebagai kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Menurutnya Wanita Umno juga akan membuat laporan polis bagi membantah cubaan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu.

mohamad hasan negeri sembilan mbSementara itu, agensi berita nasional itu juga melaporkan, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) sebagai berkata, masyarakat perlu berfikir secara rasional dan menyedari helah dan agenda tersembunyi pihak tertentu melalui demonstrasi itu.

"Kita minta kerajaan menguatkuasakan undang-undang... kita mesti hormati undang-undang kerana apa guna kita ada undang-undang tapi kita langgar undang-undang," katanya dalam sidang media di Seremban hari ini.

Tiada ulasan: