Sabtu, 14 Januari 2012

"Saya tidak akan melenting macam Ketua Wanita Umno,"kata Kak Lah

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita50/DSC09185.jpgKUALA NERUS - Dewan Muslimat PAS Pusat menafikan ahlinya bersalaman dengan polis lelaki semasa Himpunan 901 di perkarangan mahkamah Jalan Duta Isnin lalu.

Menurut Ketua Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusoff, ia adalah satu serangan dan fitnah ekoran kemenangan suara rakyat apabila keputusan mahkamah yang memihak kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bahkan, beliau dan kepimpinan Muslimat yang turut berada dalam Himpunan tersebut tidak mengenali 'kumpulan' yang tidak berakhlak dan bersalaman dengan polis lelaki itu.

"keadilan Allah memihak kepada Pakatan Rakyat (dan) Allhamdulillah (kemenangan) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi apa yang berlaku mereka hendak melindungi kekalahan mereka (dan) kami Dewan Muslimat PAS diserang macam-macam fitnah (yang mengatakan) kami seolah-olah tidak berakhlak (dan seolah-olah) kami bersalaman dengan polis, kami meraung (dan) menjerit,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam program Pentas Pemuda dan Muslimat di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah disini Khamis 12 Januari.

Beliau menegaskan ia bukan dari kalangan Muslimat PAS, bahkan, beliau dan kepimpinan Muslimat yang turut berada dalam Himpunan tersebut tidak mengenali 'kumpulan' yang tidak berakhlak dan bersalaman dengan polis lelaki itu.

"saya dan berapa pimpinan (muslimat) PAS memang berada dalam majlis tersebut, kita turun dari(ke) masjid wilayah bermula dari waktu subuh. kemudian kta mulakan dengan zikir munajat kemudian kami solat dhuha kemudian cepat-cepat buat bulatan kita duduk tengah tak bercampur dengan yang lain,

"kemudian (kami) turun (dan) apabila kami dalam dalam perjalanan turun mari (datang) kat kami pasukan yang tidak dikenali daripada(nya) ada wanita yang kami tidak dikenali saye dok pernah kenal tanya kawan-kawan pun tak kenal turun meluru-luru,

"dengan laungan yang semangat turun bersalam dengan semua polis-polis kami tidak kenal semua tidak kenal semua tanya kawan-kawan tak kenal,"jelasnya.

Beliau menempelak musuh-musuh PAS dan Pakatan Rakyat yang dianggapnya sudah tidak ada modal dan melakukan semua fitnah itu bertujuan supaya beliau melenting.

Namun, katanya, beliau tidak akan bertindak seperti Ketua Wanita Umno, Sharizat Jalil.

"mereka sudah dalam keadaan yang tak ada modal, mereka bercadang agaknya nak suruh saya melenting macam Shahrizat melenting, selak lengan nak angkat (kain), saya insyaallah Ketua Muslimat Pusat bukan macam tu, inilah yang sebenarnya mereka cuba buat,"tegasnya.

Justeru beliau menyeru semua pihak supaya menyedari keadaan tersebut adalah kerana rakyat sudah menunjukkan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, hasil kajan yang dibuat di seluruh negara mendapati lebih daripada 89% orang bukan Islam telah memihak kepada kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

"ini adalah satu pencapaian berkat doa rakat, doa pejuang-pejuang yang ikhlas, Alhamdulillah orang bukan Islam telah beralih memberi sokongan kepada kita,

"harapan kita, bukan sahaja untuk mempertahankan kemenangan di negeri yang kita telah menang, Insyaallah terengganu kita nak ambil balik,"ujarnya

Tiada ulasan: