Isnin, 23 Januari 2012

Perkasa : Ketua Audit Patut Perjelas Isu NFC

ANTARA POS.COM

Post Pic



KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara harus mengeluarkan kenyataan rasmi jika benar projek Fidlot Kebangsaan tidak di belenggui pelbagai masalan menurut Perkasa.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata Pengerusi NFCoprp Datuk Mohd Salleh Ismail memberitahuya bahawa pejabat Ketua Audit Negaa bersetuju perjalanan syarikat itu adalah teratur.

Salleh berkata demikian dalam taklimatnya kepada Perkasa dan 11 syarikat NGO lain mengenai kemelut syarikan yang diamanahkan untuk memajukan industry daging lembu di negara ini.

“Semua dalam keadaan teratur….tetapi Ketua Audit Negara belum membuat kenyataan (mengesahkan) secara rami. Saya menggesa Ketua Audit Negara bersikap adil kepada semua pihak. Beliau perlu mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada ia telah mendapat maklum balas daripada NFCorp," katanya.

Dalam pada itu Ibrahim juga mencabar NFC membuat laporan polis balas bagi menafikan dakwaan penyelewengan perbelanjaan kad kredit syarikat itu sehingga RM600,000.

Laporan itu mesti dibuat oleh pengarah eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh yang tampil menafikan dakwaan Parti Keadilan Rakyatnya sebelum ini.

"Saya cabar Izmir. Biar dia buat laporan polis pula dan nyatakan (dakwaan oleh NGO sebelum ini) itu laporan palsu," katanya

Taklimat dua jam oleh NFC kepada Perkasa dan NGO Melayu itu berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pembangkang menuduh NFC menggunakan sebahagian peruntukan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan untuk membeli kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura, kereta mewah dan cuti ke luar negara.

Ketua Audit Negara dalam laporan terbarunya berkata projek NFC gagal mencapai sasaran dan menyenaraikan pelbagai kelemahan yang mengakibatkan keadaan itu.

Tiada ulasan: