MALAYSIA KINI
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak akan tumbang sekalipun dirinya dipenjarakan atas tuduhan liwat.Anwar kini dalam rangka menjelajah seluruh negara menjelang keputusan perbicaraannya minggu depan walaupun polis telah memberi amaran supaya tidak berbuat demikian.
Anwar pada tahun 2008 dituduh mengadakan hubungan seks dengan bekas pembantu lelakinya. Keputusan perbicaraan ditetapkan pada hari Isnin ini dan jika didapati bersalah, ahli politik berusia 64 tahun itu menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Anwar telah menafikan pertuduhan itu dengan mendakwa ia satu komplot kerajaan untuk mencemarkan imej beliau.
Lewat petang semalam, Anwar memberitahu perhimpunan yang dihadiri kira-kira 500 penduduk sekitar Negeri Sembilan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggota tiga parti pembangkang itu tidak akan tumbang walaupun tanpa dirinya.
"Anwar di dalam penjara, Anwar di luar penjara ... ia tidak penting. Yang paling penting, rakyat perlu tumbangkan Umno," katanya semasa ucapan berapi-api selam sejam.
Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, secara tidak dijangka pada pilihan raya umum 2008 menafikan BN majoriti dua pertiga di parlimen yang telah memerintah selama setengah abad.
Pada pentas kecil sementara yang dibina di tempat letak kereta, Anwar berkata beliau tidak bersalah dan meminta penyokongnya untuk "menyelamatkan negara daripada terjerus dengan gejala rasuah dan salah urus kerajaan.
"Saya tidak bersalah. Saya mangsa fitnah ... tidak ada kes jika mereka berdasarkan fakta-fakta atau mematuhi undang-undang," katanya.
Selepas ucapannya itu, hadirin menjeritkan slogan seperti "Hidup rakyat" dan "Hidup Anwar”.
AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan