Jumaat, 6 Januari 2012

M'kini muncul pemenang, kata Sarawak Report


MALAYSIA KINI

Walaupun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menarik balik saman fitnah terhadap Malaysiakini semalam, tetapi pengkritiknya, Sarawak Report mendakwa reputasi ahli politik veteran itu telahpun tercalar.

Peraturan pertama dalam kes saman fitnah, tegas Sarawak Report, ialah ia menarik perhatian kepada pengadu.

Tambahnya, dalam keadaan sedemikian, Taib bertekad untuk bertindak terhadap Malaysiakini yang telah membawa satu fakta ke perhatian dunia - bahawa negeri itu mempunyai "hutan hujan tertua di dunia" dan ia semakin pupus.

Portal anti-Taib itu mendakwa, ketua menteri memfailkan saman tersebut kerana BN tidak biasa dengan sebuah media yang tidak melaporkan apa yang dikehendaki oleh parti pemerintah.

NONE"Mereka telah lama mewujudkan satu monopoli korup ke atas akhbar dan penyiar di Malaysia dan mereka fikir ia akan berakhir di situ," katanya sambil menambah bahawa capaian internet, telah membantu menjatuhkan rejim-rejim zalim di Timur Tengah tahun lalu.

"Apabila dia menyedari kesilapannya itu, cerita tersebut sudahpun menjadi begitu besar dan semua itu adalah kerana tindakan mahkamahnya sendiri," kata Sarawak Report.

Namun begitu, tambahnya, ketua menteri itu jelas mengharapkan yang dia boleh terlepas daripada isu tersebut, kerana mempunyai kuasa dan kekayaan.

Dakwa portal itu lagi, memandangkan pengawalan BN ke atas mahkamah dan badan kehakiman, Taib berharap dia dapat mencapai satu keputusan yang boleh menyebabkan Malaysiakini tutup kedai.

Menurut Sarawak Report lagi, dunia dapat melihat profesionalisme Malaysiakini dan laporan yang tepat di talian berdasarkan kepada maklumat konkrit yang disediakan oleh pihak berkuasa percukaian di Jepun.

Malaysiakini tidak perlu bayar sesen pun

Dengan perbicaraan dijadualkan bermula menjelang pilihan raya persekutuan, Sarawak Report mendakwa ia adalah jelas bahawa Taib terpaksa menyelesainya, tidak kira apa cara sekalipun.

"Reputasinya tidak mampu berdepan dengan serangan seumpama itu, begitu juga dengan BN.

"Penyelesaian di luar mahkamah hari ini merupakan satu keaiban terhadap Taib. Malaysiakini tak perlu bayar sesen pun. Satu kesilapan yang besar, kesemuanya disebabkan oleh rasa marah," dakwa Sarawak Report.

Menurutnya lagi, ianya jelas kepada seluruh dunia bahawa Taib memikirkan tentang berdepan dengan persoalan seumpama itu di mahkamah terbuka dan membuat keputusan yang bijak bahawa lebih baik jangan berbuat demikian.

NONEKatanya, Taib (kiri) telah mencuba berbulan-bulan lamanya untuk
mendapatkan penyelesaian tetapi Malaysiakini enggan berganjak - walaupun wartawannya yang menulis berita itu telah meninggal dunia dan keputusan pihak berkuasa percukaian Jepun untuk menggugurkan pendakwaan terhadap dakwaan sogokan tersebut.

Menurut Sarawak Report lagi, Malaysiakini telah menolak tawaran asal Taib untuk menggugurkan kes itu jika mereka membayar kos perundangannya.

Mereka juga, tambahnya, menolak tawaran semulanya untuk menarik diri jika mereka hanya membayar beberapa ribu ringgit, supaya dia boleh mengatakan bahawa mereka terpaksa membayar gantirugi.

Jadi, dakwa Sarawak Report, Taib datang balik untuk meminta Malaysiakini memohon maaf dan sebagai balasannya, dia akan menggugurkan saman fitnahnya itu.

"Sesuatu permohonan maaf, terutamanya qualified apology yang berdasarkan perubahan dalam pendekatan pendakwaraya Jepun, tidak membabitkan apa-apa kos ke atas mereka! Taib telah hilang dendamnya... dan begitu juga reputasinya."

Tiada ulasan: