SHAH ALAM : Jingga-13 menyifatkan kenyataan yang diberikan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sebagai 'pelik' memandangkan pendedahan berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC)telah dilakukan sejak beberapa minggu lalu.
Semalam Jabatan Audit Negera menjelaskan Laporan Audit Negara tidak menyebut perkataan kucar-kacir atau penyelewengan dalam laporan pengauditan terhadap projek NFC.
Pengerusi Jingga-13, Fariz Musa ketika dihubungi TV Selangor mempersoalkan, mengapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan di saat isu ini sedang memuncak seolah-olah perkara ini dilihat sebagai satu 'konspirasi' dalam usaha menyelamatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selain cuba untuk mengelirukan rakyat.
Katanya, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, jelas berlakunya kucar-kacir dalam pengurusan NFC yang menyebabkan sasaran yang sepatutnya diperolehi oleh NFC gagal dicapai berdasarkan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan sebelum ini.
"Persoalannya sekarang pusat fidlot dikendalikan oleh keluarga Shahrizat yang harus bertanggungjawab terhadap kegagalan yang bukan sahaja dalam mencapai sasaran tetapi apabila dibongkarkan penyelewengan dan kucar-kacir pengurusan yang dilakukan oleh keluarga shahrizat mengurus tadbirkan perjalanan fidlot ini.
"Jadi apa yang kita lihat sekarang adalah cubaan untuk memecahkan isu diantara NFC dengan NFCorp. Itu yang cuba dilakukan oleh kerajaan dengan tujuan untuk menyelamatkan keluarga Shahrizat," katanya.
Mengulas lanjut perkara ini katanya, terdapat kekeliruan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid dan Tan Sri Ambrin Buang.
"Banyak persoalan yang masih belum terjawab. Pertama kita nampak terhadap kekeliruan dalam kes yang disebut oleh Datuk Seri Azmi Khalid bahawa pengeluaran wang berlaku pada tahun 2008/2009 dan perjanjian ditandatangani pada tahun 2010. Dinafikan oleh NFC bawaha ianya diluluskan pada tahun 2007.
"Tetapi berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara semalam, bahawa kelulusan pada Mac 2010. Jadi kita nampak bahawa ada kekliruan di sini. Maknanya kenyataan Datuk Seri Azmi Khalid sebelum ini betul.
Perjanjian antara Kementerian Pertanian dengan NFC ialah pada tahun 2010. Dan disangkal oleh NFC baru-baru ini dalam Malaysiakini mengatakan bermula pada tahun 2007 kelulusan dibuat kepada NFC untuk menguruskan perbadanan fidlot ini," katanya.
Selain itu, Jingga-13 turut mencabar NFC supaya mendedahkan butiran penggunaan kad kredit yang dikatakan berjumlah hampir RM600,000 memandangkan sebelum ini NFC menafikan perkara berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan