Jumaat, 6 Januari 2012

Cuti Umum Malaysia Terlalu Banyak? Majikan Memberi Cadangan Untuk Mengurangkannya!!

Staff Berita Semasa


cuti umum Malaysia Cuti Umum Malaysia Terlalu Banyak? Majikan Memberi Cadangan Untuk Mengurangkannya!!


Kalau tanya bos atau majikan, akan mengadu cuti umum Malaysia terlalu banyak sehingga memberikan masalah kepada mereka seeprti mengurang produktiviti. Kalau tanya pekerja pula, cuti umum Malaysia yang “cukup” penting untuk mereka mendapatkan rehat yang cukup supaya produktiviti semasa bekerja meningkat. Akhirnya…..seperti…

“it’s an egg and chick story”

Pusing-pusing pun, masing-masing akan menegakkan pendapat masing-masing.

Kalau semak negara-negara luar cuti umum, seperti :

  • Orang Perancis banyak cuti
  • Australia pula yang kami lihat hidup mereka santai sahaja. Selepas pukul 5 petang dah ada di rumah minum teh, riadah dan lain-lain lagi. Malam awal-awal dah tidur. Kecuali…..
  • Kecuali sejak imigran China yang gila kerja & duit buka kedai sehingga larut malam
  • Di US juga begitu, mereka akan tidak mengerah tenaga lebih utnuk bekerja selepas pukul 5

Banyak negara maju begitu sebenarnya. Itu sebab, negara mereka sekarang ini dah stabil. Kecuali Jepun, yang memang budaya negara mereka kerja sehingga larut malam. Balik kerja lewat perkara biasa. Kalau balik awal akan dicop sebagai “pemalas”. Begitulah suasana bekerja negara matahari terbit itu. Boleh dikatakan budaya gila kerja ini melibatkan negara-negara di Asia sahaja.

Cuti Umum Yang Banyak Membebankan Majikan?

PETALING JAYA: Musim cuti akhir tahun mungkin telah berakhir di seluruh dunia tetapi tidak di Malaysia kerana diikuti musim cuti perayaan yang menjadi gelombang kedua cuti umum tahun ini. Majikan mungkin berdepan masalah produktiviti memandangkan sebahagian besar pekerja dijangka mengambil cuti panjang pada bulan Januari dan Februari.

Rakyat Malaysia menikmati lebih 50 hari cuti, cuti sekolah dan cuti umum negeri, dan tersenarai dalam 10 negara teratas yang mempunyai cuti umum paling banyak. Ini tidak termasuk sekurang-kurangnya 14 hari cuti tahunan yang dimiliki setiap pekerja.

Lebih buruk untuk majikan pada tahun ini, banyak lagi cuti umum selepas cuti Tahun Baru Cina yang jatuh pada 23 Januari. Ini termasuklah Hari Wilayah Persekutuan (1 Februari), Maulidur Rasul (5 Februari) dan Thaipusam (7 Februari). Adalah menjadi perkara biasa bagi pekerja-pekerja di Malaysia menggunakan cuti tahunan mereka, sebelum atau selepas cuti sesuatu perayaan untuk meluangkan masa yang lebih panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Industri Kecil dan Sederhana Persekutuan Pekilang-Pekilang (FMM) Malaysia, Tan Sri Soong Siew Hoong berkata cuti umum yang banyak memberi kesan terhadap daya saing dalam perniagaan dan “membuat majikan menangis”. “Saya fikir terlalu banyak cuti umum berbayar bagi sektor swasta. Beberapa sektor masih lagi mahu meminta cuti lebih,” katanya.

Soong juga melahirkan rasa tidak puas hati beliau apabila cuti yang jatuh pada hujung minggu dibawa ke hadapan kerana merasakan ianya tidak perlu. Beliau mencadangkan agar cuti agama diisytiharkan sebagai pilihan peribadi supaya pekerja terlibat dapat merayakannya dan rakan-rakan bergama lain bekerja seperti biasa.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan berkata produktiviti akan terjejas jika terdapat hari bekerja di antara tempoh percutian. Beliau berkata syarikat-syarikat tidak akan dapat beroperasi pada tahap yang optimum kerana kebanyakan pekerja akan mengambil cuti.

“Satu alternatif ialah mengisytiharkan penutupan sepanjang tempoh, jika tidak kos overhed akan menjadi tinggi, “katanya. Shamsuddin berkata Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan telah menyarankan kepada MEF dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia formula bagi majikan untuk “membeli balik” hari cuti tahunan. Pengerusi Jawatankuasa Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Kerk Loong Sing berkata cuti umum yang banyak akan menyebabkan kos pengeluaran yang tinggi secara semula jadi.

“Sudah tentu, cuti terlalu banyak adalah tidak baik. Ia akan menjejaskan produktiviti terutama untuk industri yang tidak mampu untuk menghentikan pengeluaran. Majikan juga perlu membayar gaji yang lebih tinggi untuk cuti umum,” katanya. Walau bagaimanapun, Naib Presiden MTUC, Mohd Roszali Majid tidak bersetuju bilangan hari cuti umum dipotong sebagai kerana “pekerja layak bercuti”.

“Ia tidak menjejaskan produktiviti kerana mereka boleh bekerja pada hari cuti umum, jika mereka mahu. Majikan juga boleh menukar cuti tahunan yang tidak digunakan kepada tunai sekali gus meningkatkan pendapatan pekerja.

Ranking negara paling lama waktu bekerja melibatkan 29 negara-negara industri :

cuti umum Malaysia 3 Cuti Umum Malaysia Terlalu Banyak? Majikan Memberi Cadangan Untuk Mengurangkannya!!

(Sumber : http://www.oecd.org)

Bagi kami daripada kita asyik bilangan cuti umum Malaysia atas nama produktiviti, kenapa tidak mencari idea untuk buat semua pekerja “suka bekerja” di tempat anda.

  • majikan boleh ubahsuai suasana tempat kerja
  • majikan baik dengan pekerja
  • pekerja semua jadi ikhlas untuk bekerja, tambah motivasi kerja dan lain-lain lagi
  • konsep jangan terlalu memaksa dan tertekan di ofis
  • jangan terlalu banyak protokol itu & ini

Kenapa kita tengok hanya kepada faktor ‘jam bekerja’ sebagai pengukur supaya yang pekerja akan lebih puas hati?

“Kalau lagi kurang ‘jam kerja’, pekerja akan lagi puas hati”

cuti umum malaysia 2 Cuti Umum Malaysia Terlalu Banyak? Majikan Memberi Cadangan Untuk Mengurangkannya!!

Sebenarnya banyak lagi faktor lain yang menyumbang selain daripada kami senaraikan tadi dan ianya berbeza untuk setiap individu dan sektor yang terlibat. Pekerja-pekerja diberikan ruang untuk membuat pilihan & memilih, asalkan kerja yang diamanahkan siap mengikut jadual yang ditetapkan. Tidak perlu untuk mereka bekerja siang malam. Walaubagaimanapun, kalau nak kerja lebih terpulang. Kami pasti setiap individu ada perancangan & kehendak masing-masing asalkan ruang yang diberikan agak fleksibel.

Yang penting :

  • Janji kerja siapa pada masa yang ditetapkan
  • Kalau kerja 24 jam, kerja tidak siap, tidak produktif juga
  • Dan tidak bebankan tugas & kerja orang lain

Penstrukturan Cuti Umum Malaysia

Cuma penstrukturan cuti umum Malaysia itu bagi kami mungkin perlu ditambahbaik. Kami kurang bersetuju contohnya :

  • cuti hujung minggu, cukuplah bagi kami 5 1/2 hari seminggu (ikut sistem dahulu)
  • cuti umum kalau jatuh pada hujung minggu tidak perlulah untuk dibawa kepada hari berikutnya
  • lagi satu, selaraskan semua cuti hujung minggu di seluruh negara. Kenapa perlu berbeza-beza?

Akhirnya, pekerja itu sendiri perlu mencari kerja berdasarkan minat. Insyaallah, memang banyak bezanya jika anda bekerja berdasarkan minat. Jika kerja berdasarkan minat akan membuat anda tidak berkira soal masa bekerja malahan kualiti kerja anda akan menjadi lebih baik. Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ini bekerja secara paksa tidak “menikmatinya”.

“Cukup bulan ambil gaji, hujung minggu = cuti”.

Begitulah resam setiap bulan. Jadi kapasiti anda sebagai majikan mahupun bekerja sekarang, apakah cara yang boleh menghasilkan produktiviti yang lebih berbanding sekarang ini? Perlu dikurangkan cuti umum?

Tiada ulasan: