Untuk berita mengenai perhimpunan 901 Bebas Anwar Ibrahim 2 hari lepas, terus terang kami sememangnya tidak bersetuju keranaa itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik walaupun berhimpun memang dijamin dalam perlembagaan. Tetapi, dalam kita tidak bersetuju dengan perhimpunan 901, datang pula “semboyan” yang digerakkan oleh satu lagi NGO yag dinamakan sebagai Perkasa untuk turut serta dalam perhimpunan 901 ini.
Tetapi, bukan sebagai penyokong tetapi sebagai penentang kepada perhimpunan 901
Perkasa Mahu tempur Dengan Kumpulan “Perhimpunan 901″
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikrar akan menyekat perhimpunan gerakan ‘Bebaskan Anwar 901′, Isnin depan demi mempertahankan keamanan negara.
Menurut lapor akhbar harian Melayu, Sinar Harian, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dipetik berkata ahlinya akan menunaikan solat subuh di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum berarak sehingga ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. “Kami tunai solat sunat berjemaah dan berdoa Alalh SWT memberi kekuatan kepada pejuang ini.
“Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi,” katanya dipetik akhbar itu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadualkan membuat penghakimannya berkenaan perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi Isnin nanti.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa mereka akan mengumpulkan 100,000 penyokong di Kuala Lumpur pada hari yang sama bagi menunjukkan sokongan padu mereka kepada ketua pembangkang itu. Mengenai tindakan bakal diambil pihak berkuasa, Ibrahim berkata, terpulang kepada polis untuk menghalang PERKASA atau Pakatan Rakyat kerana kedua-duanya melakukan perhimpunan haram.
“Kami menegakkan keamanan, itulah kekuatannya dan mereka pula hendak meruntuhkannya, sebaliknya menaikkan pemimpin yang mempunyai masalah moral. “Tidak perlu saya perjelaskan siapa (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang merupakan bekas sahabat di universiti dan berjuang bersama-sama,” katanya kepada Sinar.
Sebelum ini, menjelang himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, Ibrahim juga mengancam untuk mengadakan tunjuk perasaan untuk menggagalkan pergerakan yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini. Tetapi pada saat terakhir, beliau membatalkan hasrat PERKASA itu atas alasan tidak mahu pertembungan ataupun pertumpahan darah di kalangan orang-orang Melayu.
Respon Pembaca Berita Semasa Mengenai Perhimpunan 901?
Setakat berita ini dikeluarkan, satu ruangan undian telah disediakan di laporan berita di sini, Kempen Bebas Anwar Ibrahim 901. PDRM Sudah Keluarkan Amaran!! Seramai 716 telah turut serta dalam ruang undian tersebut. Sekitar 51% menyokong, manakala 49 peratus lagi tidak menyokong.
Kami tidak pasti dan masih lagi dengan samar-samar tujuan sebenar Perkasa turun pada 9 Januari 2012 sebagai pasukan penentang. Kenapa mesti mereka berarak juga? Biar pihak polis sahaja menyelesaikan dengan cara yang adil & mengikut lunas undang-undang yang betul.
Tidak pasal-pasal dengan pertembungan 2 kumpulan ini nanti, keadaan akan jadi lebih buruk. Sebab apa?? Provokasi & perasaan ego dalam setiap orang yang menyertainya berdasarkan idealisme masing-masing. Dua-dua ada kepentingan sendiri.
Akhirnya siapa yang bakal sengsara nanti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan