Khamis, 19 Januari 2012

BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula-Gula Politik? Bukan Juga Taktik “Bom”? – Dakwaan Bekas Menteri

Staff Berita Semasa


br1m bantuan rm500 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri


Bantuan RM500 (BR1M) telah mula diagih-agihkan kepada penerimanya. Ada yang dah terima bantuan RM500 (BR1M) dan ada pula yang masih tunggu giliran. Cuma apa yang kami hendak fokuskan di sini adalah kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini mengatakan pemberian bantuan RM500 (BR1M) tidak sama sekali berunsur politik apatah lagi mahu membeli undi.

Apa yang kerajaan lakukan sekarang, kita semua patut hargai dan ikhlas daripada kami mengatakan, kami ucapkan terima kasih. Sekurang-kurangnya dengan bantuan RM500 (BR1M) tersebut, dapat meringankan beban orang-orang di kampung terutamanya ataupun golongan yang berpendapatan serdahana yang tinggal di kawasan bandar bagi menampung kos sara hidup yang semakin melambung tinggi

“Orang kata lebih baik ada, daripada tiada. Betul tak?

Dan kalau tanya kami sekali lagi, kalau bantuan RM500 (BR1M) seumpama ini dapat dilakukan sekerap mungkin kepada kumpulan sasaran, tidak hanya dijalankan “secara bermusim”, itu sebenarnya lebih baik. Ini kerana kos sara hidup akan terus meningkat dan tidak “mengenal mangsa mahupun mengikut musim”. Harga barang contohnya kalau dah naik, akan jadi “mimpi disiang hari” jikalau boleh turun semula.

Walaubagaimanapun, kenyataan Datuk Seri Muhyiddin Yaasin dengan mengatakan pemberian bantuan RM500 (BR1m) tidak berunsur politik menyebabkan kami tertanya-tanya sehingga menimbulkan pelbagai persoalan, selepas kami melihat beberapa gambar di bawah ini yang menunjukkan pemandangan di sekitar pengagihan & pemberian bantuan RM500 (BR1M) :

Mungkin Datuk Muhyiddin terlepas pandang melihat “aktiviti anak-anak buahnya di bawahnya?

br1m bantuan rm500 3 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri

br1m bantuan rm500 4 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri

br1m bantuan rm500 5 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri

br1m bantuan rm500 6 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri

br1m bantuan rm500 7 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri

Bagi kami jika pemberian bantuan RM500 (BR1M) bertujuan untuk membantu rakyat yang susah dan sememangnya tiada niat untuk berkempen, tidak perlu rasanya meletakkan unsur-unsur politik di setiap majlis yang diadakan.

Dan baru-baru ini, keluar pendedahan “berani” seorang bekas menteri. Beliau ini cukup terkenal dengan pemakaian bow tie di setiap penampilannya daripada dahulu sehinggalah sekarang. Bekas menteri penerangan & pelancongan semasa era Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ini mendakwa Barisan Nasional sering menggunakan wang untuk membeli undi yang mana beliau gelarkan sebagai taktik atau strategi ” bom”

br1m bantuan rm500 21 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri

(sumber : MalaysianInsider)

P/S : Benarkah dakwaan yang mengatakan kerajaan Barisan Nasional sedang membeli undi menerusi pemberian RM500 (BR1M). Apa kata kalangan pembaca di sini yang menerima bantuan tersebut?

Tiada ulasan: