KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Fariz Musa, koordinator sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Jingga 13, mengecam tindakan ganas polis yang di luar kewarasan kemanusian dan menuntut Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab atas tragedi membelasah mahasiswa di luar perkarangan Universiti Perguruan Idris Shah (UPSI).
“Jingga 13 mengecam sekeras-kerasnya brutaliti dan tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan FRU yang menangkap, membelasah dan mencederakan kumpulan aktivis dan mahasiswa.
“Tindakan biadap di luar kewarasan manusia ini langsung tidak dapat diterima mana-mana manusia yang berakal. Ia jelas sekali melampaui batas.
“Polis yang sepatutnya menjadi tempat mahasiswa bergantung harap, meminta pertolongan dan perlindungan, tergamak jadi alat penguasa.
“Datuk Seri Hishamuddin Hussin dan Tan Sri Ismail Omar wajib bertangungjawab atas insiden itu,” kata Fariz pada kenyataan media, awal pagi ini.
Beliau mendesak semua 17 aktivis dan mahasiswa termasuk Setiausaha Jingga 13, Saifuddin shafi Muhammad yang turut ditahan, dibebas segera tanpa syarat manakala pampasan diberi kepada mereka yang cedera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan