Rabu, 5 Oktober 2011

SAH!! Cincin RM24 Juta Memang Wujud. Disahkan Oleh Kastam. Tetapi, Peliknya Tiada Pembeli?

Staff Berita Semasa


cincin rosmah mansor4 SAH!! Cincin RM24 Juta Memang Wujud. Disahkan Oleh Kastam. Tetapi, Peliknya Tiada Pembeli?


Punyalah kecoh sebelum ini tentang “kedatangan” cincin bernilai RM24 juta ke Malaysia. Dikatakan cincin RM24 juta milik isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor. Bagaimanapun, Rosmah Mansor telah menafikan dan menyifatkan ia hanyalah fitnah dan malas nak melayan tuduhan seperti ini.

Pelbagai alasan yang keluar bagi menafikan dakwaan “kehadiran” cincin RM24 juta yang digelar “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’. Antaranya ialah :

  • Cincin RM24 juta itu tu dibawa masuk Malaysia disebabkan ada pameran sulit
  • Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mengatakan beliau tahu cincin RM24 juta itu telah dipesan oleh bakal besan Perdana Menteri, Maria Nazabayev. (Sumber : Utusan)

Cincin RM24 juta didakwa milik Rosmah Mansor timbul apabila rekod menunjukkan nama Rosmah Mansor dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu. Terbaru, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

Bertambah pelik lagi apabila, jawapan bertulis yang diberikan semalam dalam dewan parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng mengatakan tiada pembelian dibuat terhadap cincin RM24 juta.

“Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

“Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan,” katanya.

Yang menjadi persoalannya, kalau dah tiada pembelian yang dibuat terhadap cincin RM24 juta ini, apa tujuan cincin tersebut boleh sampai ke Malaysia? Adakah cincin RM24 juta sedang “buat lawatan muhibbah ke Malaysia” dengan sendirinya? Sekarang ini….

cincin rosmah mansor3 SAH!! Cincin RM24 Juta Memang Wujud. Disahkan Oleh Kastam. Tetapi, Peliknya Tiada Pembeli?
  • Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
  • Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
  • Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
  • Tarikh Import: 6-04-2011
  • Tempat Impot: KLIA
  • Sender ada
  • Maklumat Recipient ada
  • Borang ikrar kastam pun ada…
  • Harga cincin tertera jelas bernilai RM24 juta
  • Conclusion: Return to sender…
  • Kemudian kalau menteri mengatakan cincin RM24 juta sudah dihantar semula mesti ada alamat/invois. Buktinya? “Datang bersalam, berpeluk, bercium, takkanlah balik pergi macam itu sahaja”.
cincin rosmah mansor2 SAH!! Cincin RM24 Juta Memang Wujud. Disahkan Oleh Kastam. Tetapi, Peliknya Tiada Pembeli?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyoal siasat operation manager yang bernama A. KRISHNAN atau nama penuhnya KRISHNAN A/L AIYAVOO yang kami perolehi daripada laman daftar pemilih SPR.

P/S : Apa pandangan anda tentang kenyataan terbaru menteri dalam isu cincin RM24 juta yang didakwa milik Rosmah Mansor seperti yang tertera di atas?

Tiada ulasan: