Selasa, 25 Oktober 2011

Pemuda PAS cabar Umno terima hudud

FREE MALAYSIA TODAY

Ini berikutan sokongan Umno kepada perhimpunan sejuta umat (Himpun) di Shah Alam, Sabtu lalu.



PETALING JAYA: Pemuda PAS mencabar Umno dan BN menerima hukum hudud sebagai undang-undang Islam di negara ini.

Ini berikutan sokongan Umno kepada perhimpunan sejuta umat (Himpun) di Shah Alam, Sabtu lalu, kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi.

“Paling kurang pun, BN harus memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ahli Umno dalam perhimpunan tersebut yang dihadiri kira-kira 5, 000 orang.

Betul dan tepat

Kata Nasrudin, inilah masa yang betul dan tepat untuk Umno menyatakan kesediaan mereka bagi melaksanakan undang – undang Islam kerana ia sebahagian dari tuntutan akidah yang mahu diselamatkan oleh mereka.

“Parti politik seperti Umno yang mempunyai kuasa dan mandat memerintah negara, sayugianya bertindak lebih dari sekadar menyokong agenda Himpun untuk menyelamatkan akidah.

“Bahkan Umno mestilah manafaatkan seluruh keupayaan dan kekuatannya selaku parti utama dalam pemerintahan negara untuk mendaulatkan syariat Islam dalam pelbagai aspek peraturan dan perundangannya demi memastikan agenda menyelamat akidah umat Islam benar – benar praktis dan berkesan,” tambahnya.

4 ulasan:

Dol Said berkata...

btl ke 5000 yg hadir adalah ahli umno....bknkah yang hadir tidak membawa mana2 parti politik

faruk berkata...

spatutnye untuk himpunan tu kan xboleh berkaitan dengan politik. Tujuan sebenar majlis himpun tu kan adalah untuk mempertahankan agama Islam yang semakin dikecam oleh pihak Kristian yang ingin memurtadkan penduduk majoriti malaysia iaitu umat Islam. sepatutnye dalam diri kita,lebih2 lagi saya ingtkan kpd diri sndri,kesedaran ttg ni perlu dprtingktkn untuk mghadapi aftrlife nnt. ramai org yg berfikir,lebih baek pergi program OcTwtFest drpd pergi ke majlis ilmu sebegini.

-Arfhartoe's Mind- berkata...

cukup la cabar mencabar ni pemuda pas oii..show your intelligent la..stop talking..start acting..capture pengundi dari generasi Y..generasi Y tak termakan ngn politik cabar mencabar ni..penat la baca bdne yg same hari2..dia cabar dia, dia cabar dia balik..show ape sumbangan yang akan dan mampu buat utk generasi Y kalau korg2 ni sume jadi wakil kami..da la khairy tak boleh harap..korg pon same je cm khairy..yg i can see working as it should nurul izzah je..fight for us..what u can offer us..ape pendekatan utk yg kne blacklist ptptn??xde sape pon yg berminat nak kupas isu ni..(sekadar contoh)...1 more thing, kenapa makin ramai pelajar2 yg kt ipt and politeknik nampak kerajaan yg ada sekarang bagus..dorg beranggapan PR ni mmg akan membangkrapkan negara..ada PEMUDA2 PAS ke PKR ke berminat ngn isu ni??ape kerajaan da buat smpi budak2 ni termakan kata2 tv3 ngn utusan??nak salahkan dorg xnk baca blog ke??kalau tak di sanggah btol2 isu ni, generasi2 ni besok akan memenangkan semula BN..ape2 pon,gud luck la korg..im just tired...

herman sham berkata...

Pada pandangan saya, perhimpunan tersebut tidak mendatangkan sebarang faedah. Nak buktikan apa? Nak larang supaya pihak tertentu tidak memurtadkan orang-orang Islam? Bukankah lebih baik diadakan kempen berterusan untuk "Himpunan Memenuhi Masjid Setiap Hari"? Sekiranya orang Islam memenuhi tiap-tiap masjid setiap waktu, seperti hari Jumaat, pasti Allah akan memberikan perlindungan. Tidak timbul masalah orang-orang Islam dimurtadkan. Yang nyatanya, sekarang ini umat Islam lebih suka berhibur dengan mengadap TV sepanjang masa. Yang datang ke masjid hanyalah orang-orang tua yang sudah hampir memasukki kubur.

5 November 2011 10:21 PTG