Aziz Muda |
KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat negara ini diseru menyertai kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan terhadap kepimpinan negara. Masyarakat India masih tercicir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada penganut Hindu. Beliau bagaimanapun kesal kerana sebagai salah satu kaum utama di Malaysia, masyarakat India khususnya yang beragama Hindu masih tercicir. “Lihat sahaja bagi mereka yang tinggal di estet-estet, keadaannya masih daif. Berulang kali disebutkan, termasuk di dalam Parlimen bahawa angka banduan, keciciran pendidikan di sekolah dan gangsterisme masih ramai yang melibatkan belia dari masyarakat India,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya, yang jelas ialah kepercayaan sekian lama yang mereka berikan kepada pemerintah sediakala telah dikhianati. “Malah kita dengar bagaimana saham berbilion ringgit yang diperuntukkan kepada masyarakat kita yang keturunan India, lenyap begitu sahaja. Pembelaan bagi pihak semua masyarakat yang memerlukannya adalah tunggak perjuangan Keadilan sejak penubuhannya,” katanya. Dalam konteks ini, katanya masyarakat India tidak boleh dibiarkan terkebelakangan mengakibatkan keseluruhan corak masyarakat negara menjadi tidak seimbang. Ujarnya, inilah ujian dan cabaran yang sedang dihadapai oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kesejahteraan dan PKR tidak memandang sambil lewa hal itu. “Kita dengan sepenuh daya upaya mahukan agar masyarakat India tidak lagi ketinggalan, dan keberadaan mereka bukan hanya tempelan di kaca TV untuk menampakkan keharmonian yang serba pura-pura,” ujarnya. |
Rabu, 26 Oktober 2011
Negara berkebajikan bukti PAS bela semua kaum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan