Ada sebab penting kenapa Anwar Ibrahim mahukan hakim Kes Liwat II diketepikan. Hakim itu terlalu mentah dan masih belajar menangani kes penting seperti kes Liwat II itu. Apa yang penting, beliau yang diserap ke dalam sistem melalui saluran Eksekutif kerajaan, adalah satu yang memalukan.
Ini juga boleh dikatakan pada keputusan mahkamah yang membenarkan permintaan Najib dan Rosmah untuk tidak hadir ke mahkamah sebagai saksi diterima. Anwar menyifatkan keputusan itu sebagai pengolahan kuasa semata-mata.
Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah bersetuju bahawa Najib dan Rosmah tidak boleh memberikan sebarang maklumat yang terkait dalam kes Liwat II sebagai sah. “Dengan ini saya membenarkan permohonan dan memerintah mahkamah untuk bersambung,” ujar Zabidin.
“Kita ada bukti yang menyokong bahawa kedua-dua mereka ada terlibat. Posisi kami ialah isu ini dirancang. Najib patut hadir dan menafikannya. Pihak pendakwaan memohon Najib dan Rosmah sebagai saksi. Sekiranya mereka dikatakan tidak relevan, kenapa mereka dimohon?” Anwar berkata kepada pemberita.
Pendakwaraya menawarkan saksi tidak relevan?
Benar, pihak pendakwarayalah yang menawarkan dua saksi itu dan pihak pendakwaraya yang sama jugalah yang cuba melindungi Najib dan Rosmah. Alasan bahawa kedua-dua mereka itu tidak relevan dalam kes Liwat II ini bohong dan salah.
Sifat utama kenapa Najib menafi dan menarikbalik kenyataannya bila disoal sekiranya beliau mengenali Saiful Bukhari Azlan menunjukkan adanya konspirasi. Apakah yang dibincangkan antara Najib dan Saiful, beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis? Apakah hubungan antara Saiful dan Najib yang membuatkan Saiful dengan mudah bertemu Najib yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri, di rumah rasminya untuk membincangkan soal ‘biasiswa’?
Namun, persoalan ini jauh lebih dalam lagi. Apakah yang Najib dan Rosmah lindungi dari umum? Apakah alahan mereka untuk tidak hadir ke mahkamah? Untuk menzahirkan wacana ini, mahkamah pula beroperasi memperkenankan permintaan mereka untuk tidak dipanggil hadir.
Reputnya institusi kehakiman
Ini merupakan satu misteri dan ini menunjukkan yang institusi kehakiman mula mereput. Mahkamah undang-undang seharusnya bebas dari gengaman para Eksekutif kerajaan. Ia sepatutnya menjadi benteng ampuh kepada mereka yang tidak boleh mempertahankan diri sendiri, namun di Malaysia, mahkamah mempunyai wewenang untuk melangsaikan hal golongan elit negara ini dengan cara tersendiri. Mahkamah boleh dibeli atau dieram atau ditekan dan inilah yang berlaku dalam kes Liwat II.
Bukankah sepatutnya testimoni diperdengar dahulu sekiranya relevan atau tidak oleh hakim? Namun, Mohd Zabidin bertindak menyatakan testimoni itu tidak relevan sebelum sesi pendengaran atau soal-jawab dilakukan. Bukankah sepatutnya hakim bertindak untuk kepentingan umum dan menjadikan Najib dan Rosmah warganegara Malaysia, menyatakan ‘tidak bersalah’ di dalam mahkamah undang-undang? Mahkamahlah yang berkuasa untuk menentukan sama ada mereka bersalah atau tidak hanya selepas testimoni mereka didengarkan.
Kerana ini, Mohd Zabidin telah bertindak diluar etik profesionalisme telah memalukan institusi kehakiman yang sepatutnya mengutamakan umum sebagai asas badan itu, lebih dari apa-apa kepentingan lain. Jika tidak, masyarakat tidak berfungsi dan semuanya akan menjadi porak-peranda.
Protes di Wall St
Malang sekali sebuah institutsi yang sepatutnya menjadi lambang kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia telah dilacurkan. Ada ‘double-standards’ yang digunapakai oleh mereka-mereka yang duduk dikerusi-kerusi empuk hukum yang turut dihuni oleh para Eksekutif pemakan rasuah. Institusi kehakiman bukan sahaja mereput, tetapi turut merebak ke dalam semua sistem undang-undang negara.
Kenapa bantahan berbentuk protes di Wall Street, New York masih berlangsung hingga hari ini tanpa ada sebutir gas pemedih mata dilemparkan kepada pendemo? Di Kuala Lumpur 9 Julai yang lalu, warga yang mengikuti perhimpunan BERSIH 2.0 telah dihujani serangan pihak polis yang menembak 262 butir kanister gas pemedih mata.
Polis Malaysia turut menyembur air berasid menggunakan jenteranya, menembak bom asap kepada warganegara yang tidak bersenjata dan yang duduk di atas jalan tanpa melakukan aksi provokasi. Ini juga adalah pihak polis yang sama ketika Anwar Ibrahim ditumbuk sehingga lebam matanya pada kes Liwat I tahun 1998. Apa yang digeruni ialah keputusan yang akan dibuat untuk Anwar dalam kes Liwat II ini nanti.
Masa menghumban Najib dan Rosmah keluar
Jelas, cara untuk mengelakkan Najib dari dipanggil mahkamah dilakukan kerana demam pilihanraya ke-13 semakin hampir. Dengan melengah-lengahkan kes Liwat II Anwar ini, Najib boleh mengumumkan tarikh pilihanraya umum sambil memastikan kem Anwar serta Pakatan Rakyat tempang untuk turun ke padang bertemu rakyat jelata.
Inilah jawapan kepada kes Liwat II yakni untuk menghancurkan karier politik Anwar dalam apa jua cara. Namun, Najib tersalah baca firasat dan kehendak rakyat. Rakyat Malaysia tidak memerlukan Anwar untuk berhimpun pada 9 Julai yang lalu kerana rakyat melakukan ini untuk diri mereka sendiri.
Dan walaupun Najib merasakan dirinya selamat, akhir nanti rakyat jualah yang akan menghumban pasangan ‘pertama’ Malaysia ini ke dalam penjara.- Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan