Ahad, 2 Oktober 2011

BN goyang fikir PRU-13?

SABAH DAILY

Hujung minggu yang lalu, Perdana Menteri Najib Razak berada di Pulau Pinang mengayuh basikal sekitar 7 kilometer tanpa sebarang masalah. Sebaliknya, Presiden Gerakan yang juga seorang menteri, Datuk Koh Tsu Koon telah terjatuh dan mendapat kecederaan di kepalanya.

Punca sebenar tidak diketahui tetapi itulah yang terjadi kepada Tsu Koon. Apakah mungkin beliau pening memikirkan Selangor dikala pilihanraya umum akan berlangsung?

Beliau sempat pula mengingatkan rakan-rakan parti untuk tidak membuang masa cuba memenangi kerusi di negeri itu, kerana mustahil mereka boleh!

“Saya meminta sesiapa yang tidak terpilih untuk bertanding tetap terbuka hati dan terus menyokong calon-calon yang terpilih,” kata-kata keramat dari Tsu Koon.

Najib dikelilingi ‘orang-orang’

Dengan cuaca politik yang tidak menentu sekarang, Najib mula mencari akal, apakah Pilihnraya Umum ke-13 sesuai dibulan November ataupun March/April tahun hadapan? Dan ini bukan angan-angan kosong.

Najib tidak marah kepada Tsu Koon atas ‘kepetahan’ beliau bercakap, kerana hakikatnya Najib sendiri berada didalam keadaan yang membingungkan, sukar dan terpaksa mengeluarkan kenyataan isu hudud.

Benar, UMNO sedang bergolak dan Majlis Tertingginya sedang memerhatikan beliau. Mereka nampaknya lebih bersetuju dengan jawapan Timbalannya, Muhyiddin Yassin , UMNO menyokong hudud tetapi sekarang bukanlah masa yang sesuai. Lebih baik dari apa Najib katakan, hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia!

Sementara itu di Pulau Pinang, Najib ceria tersenyum dan berkayuh menyembunyikan kerunsingan dihati. Beliau kemudiannya menceritakan pengalaman berbasikal dari rumahnya ke Tasik Perdana dan kemudiannya ke Hospital TangLing mendapatkan sebungkus nasi lemak sewaktu usianya kecil.

Tanpa menyanyikan lagu:

Saya mahu mengayuh basikal, saya mahu mengayuh basikal

Saya mahu mengayuh basikal, saya mahu mengayuh basikal kemana saja yang saya suka

Tetapi Najib merasakan perlu cerita-cerita seperti ini untuk memancing undi.

Basikal, nasi lemak dan bas

Apa yang Najib mahukan ialah kita melihat beliau sebagai orang biasa. Mengayuh basikal seperti orang biasa. Menikmati nasi lemak seperti anda juga. Namun, Najib terlupa yang orang-orang biasa ini tidak menetap di Tasik Perdana sewaktu membesar, terutamanya di dekad 50an dan 60an. Tidak juga ada orang biasa yang tinggal di situ sekarang.

Najib sebenarnya tidak perlu menceritakan dimana beliau pernah tinggal. Beliau kini telah memalukan diri sendiri dengan cuba menjadi orang biasa. Najib sebenarnya perlu waktu untuk belajar memenangi hati orang biasa.

Sejak kebelakangan ini, keletah Najib yang mahu dilihat ‘cool’ telah menjadi-jadi. Ini adalah untuk memenangi hati pengundi muda yang kalau menurut saya adalah kerja penyelidiknya. Memandangkan kita masih di dalam situasi itu, apa kata Najib menggunakan istilah ‘dude’ dalam banyak-banyak perkataan yang beliau gunakan?

Najib bukanlah seorang manusia biasa. Beliau dilahirkan di dalam keluarga orang berada dan tidak perlu risau untuk menyara hidup. Najib sebenarnya tidak ‘cool’ walau banyak manapun keletah-keletah yang difikirkan wajar oleh penasihat-penashitnya.

Beliau di Perak Sabtu lalu dan mengaku yang ini pertama kali dalam hidupnya menaiki bas. Bersama beliau ialah isterinya Rosmah Mansor yang terkenal dengan cincin bertatah berlian bernilai RM 24 juta dan Zambry Abdul Kadir serta isterinya.

Najib memulakan perjalanannya dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Changkat Tin untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Tidak ramai yang tahu bahawa bas yang dinaiki itu telah diubahsuai menjadi kelihatan begitu eksklusif khas untuk beliau dan isteri. Sudah tentu media arus perdana tidak menyiarkan berita tentang bas ini.

“Saya seperti mahu menangis melihat gambar PM menaiki bas sebagai mengenang keperitan hidup rakyat biasa,” ujar Abang Ahmad Kerdi, mantan calon PAS di Beting Maro, dengan nada sindiran.

Tak ‘cool’

Betul kata PResiden PKR, Wan Azizah yang Perdana Menteri tak ‘cool’.

Bukan mahu menghukum seteru dengan memalukannya untuk menaang pilihanraya dengan mudah. Tetapi ini adalah tindakan si penakut, tidak jujur dan tidak ‘cool’. Tidak juga ianya demokratik.

Ianya tidak ‘cool’ sekiranya beliau mengelak untuk hadir ke mahkamah walaupun disapena untuk diambil keterangan. Tetapi itulah hakikat apa yang Najib cuba lakukan. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah beliau tidak mahu disoal-periksa di dalam mahkamah. Soal-periksa adalah cara untuk mendapatkan kebenaran. Apa yang masalahnya untuk Najib lakukan?

Ianya tidak ‘cool’ apabila gerombolan ahli PERKASA melakukan kekecohan di majlis ceramah PAS dan keesokkan harinya menagyuh basikal di Pulau Pinang tanpa merasa apa-apa. Taktik seperti ini telah digunapakai oleh regim Mubrak di Egypt yang menggunakan pengacau keamanan untuk menakut-nakutkan rakyat dan pura-pura tidak tahu menahu. Ingat, Mubarak tidak pernah ‘cool’.

Najib akan dilihat ‘cool’ sekiranya beliau secara umum, jujur dan terbuka menjawab semua persoalan tentang kes Altantuya dan skandal kapal selam Scorpene tanpa rasa bersalah. Namun sehingga hari ini, beliau tetap menolak untuk melakukannya. Lagi lama beliau menangguhkannya, lebih banyak lagi isu-isu lain yang berkaiatan akan muncul.

Senarai tingkah laku Najib ini akan berterusan. Namun apa yang jelas Najib dan penasihat-penasihat beliau akan cuba menyelesaikan isu-isu ini dengan apa cara sekalipun termasuklah terus berbohong. Pakar perunding imej tidak mampu menyorokkan Najib yang semakin hari semakin pudar.- Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: