Rabu, 19 Oktober 2011

Akta Hasutan: Aziz Bari dipanggil polis

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Prof Dr Abdul Aziz Bari dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis berkaitan pandangan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini, lapor The Malaysian Insider.

Aziz yang dihubungi memberitahu bahawa beliau telah dihubungi polis Shah Alam semalam dan diminta untuk hadir memberi kenyataan berhubung isu tersebut di bawah Akta Hasutan.

“Saya ada dipanggil polis semalam, mereka mahu menyiasat saya di bawah Akta Hasutan...saya akan pergi bersama peguam saya hari ini,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

kalau bab2 jilat amno laknatullah, pols memang cepat. tapi kalau isu2 melibatkan penyelewengan amno laknatullah mereka buat tak tau jer.... laknat!!!