Isnin, 10 Oktober 2011

70,000 hingga 80,000 pelajar tercicir, kata Wee

MALAYSIA KINI

Peruntukan RM50.02 bilion untuk sektor pendidikan dalam Belanjawan 2012 dilihat mampu mengurangkan keciciran pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.

mca youth agm 011011 wee ka siongBeliau berkata, ini kerana faktor kemiskinan dan ketidakmampuan keluarga bukan lagi alasan tidak ke sekolah memandangkan kerajaan melaksanakan pendidikan percuma untuk semua.

"Langkah yang diambil kerajaan boleh bukan saja 'education for all' malah 'free education for all'," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Jumaat lalu turut mengumumkan pemansuhan yuran sekolah dan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemansuhan itu membabitkan yuran tahunan kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insurans Takaful bagi pelajar sekolah rendah iaitu sebanyak RM24.50 dan sekolah menengah RM33.50.

education high school students 040405Sementara itu, Wee berkata antara 70,000 hingga 80,000 pelajar yang tercicir daripada persekolahan dan antara faktornya ialah tidak berminat dalam pelajaran.

Katanya, kadar keciciran peringkat menengah agak tinggi berbanding peringkat rendah, dan Kementerian Pelajaran akan berusaha memastikan setiap pelajar sekurang-kurangnya menamatkan pengajian Tingkatan Lima.- Bernama

Tiada ulasan: