Isnin, 11 Oktober 2010

SAPP DESAK SIASAT SEGERA KES LIGS

Oleh: MAIL MATHEW

NAIB Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah gambar, menegaskan bahawa dakwaan para peneroka Lembaga Industi Getah Sabah (LIGS) Lagud Sebrang kononnya wujud perlakuan curang atau ‘pecah amanah’ ke atas harta hak milik LIGS yang didalangi mantan pengurusnya dan segelintir kakitangan lain; harus dijalankan penyiasatan menyeluruh dan seret petualang itu ke muka pengadilan.

Katanya, perlakuan mereka yang terbabit adalah serius jika dakwaan itu terbukti benar kerana melibatkan kepentingan awam yang mengamanahkan mereka untuk mengurus dengan baik tetapi sebaliknya mereka bertindak ibarat,Harapkan pagar, tetapi pagar pula yang makan tanama”.

“Kita memandang serius dakwaan itu dan meminta pihak tertentu khususnya SPRM agar jangan memilih bulu dalam menjalankan siasatan tersebut. Kita percaya kejadian ini mempunyai rangkaian dengan lain lain jabatan termasuk ‘ikan besar’,” kata beliau yang menggesa Polis segera menjalankan siasatan kerana pecah amanah terletak di bawah bidang kuasa polis.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Tenom, seterusnya menegaskan bahawa kerajaan telah ketirisan hasil yang boleh dianggarkan jutaan ringgit apabila ladang getah yang sudah mengeluarkan hasil bertahun tahun lalu seluas 550 ekar tidak sesen pun masuk ke tabung kerajaan menerusi LIGS.

“Jadi, mengapakah pihak pengurusan LIGS tidak bertindak segera terhadap masalah ini? Jika menurut kenyataan mereka, masalah tersebut telah berlaku bertahun-tahun yang lalu tetapi LIGS memilih jalan mendiamkan diri. Mengapa? Atau mungkinkah ada di sebaliknya?,” kata Jimmy.

Tegasnya lagi, anehnya selepas kegiatan pihak terbabit itu bocor dan sampai ke pengetahuan pihak pengurusan LIGS pusat, pihak terbabit hanya dikenakan tindakan ringan iaitu menukarkan mantan pegawai stesen itu ke daerah lain tanpa melakukan apa-apa tindakan susulan selepas itu.

Kenyataan Jimmy itu timbul ketika mengulas ekoran pendedahan Sabahkini.net menyebut bahawa peneroka mahu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman campur tangan untuk menyelesaikan apa yang mereka dakwa wujud ‘pecah amanah’ yang melibatkan seorang bekas pegawai serta beberapa kakitangan skim itu dalam pengurusan harta dan hasil LIGS Lagud Sebrang.

Bekas Pengerusi JKKK yang juga seorang peneroka, Uran Ontoros yang mendapat sokongan seramai 1,018 tanda tangan peneroka di situ ketika mendedahkan salah laku itu, meminta kerajaan mengambil tindakan tegas menangani masalah tersebut termasuk menyeretkan mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

Sementara itu dalam perkara yang tidak berkaitan, Jimmy turut menyelar kerajaan agar mengkaji semula sistem penswastaan yang melibatkan kepentingan awam terutamanya penswastaan untuk penyelenggaraan jalanraya yang telah mendapat tomahan daripada segenap lapisan masyarakat penduduk di ceruk-ceruk kampung berhubung ketidak berkesanannya.

“Adalah lebih baik agar dikaji semula prestasi mereka dengan sekurang-kurangnya mendapat ‘feed back’ daripada para JKKK atau pemimpin kawasan terlebih dahulu sebelum meneruskan perkhidmatan mereka. Jikalau tidak, penduduk kampung yang akan menjadi mangsa keadaan kerana senantiasa tertekan dengan kelibat mereka yang tidak melakukan kerja-kerja yang berkualiti ketika menjalankan penyelenggaraan jalanraya. Kebanyakkan kerja-kerja yang dilakukan ‘cincai’ sahaja,” tegas Jimmy.

Tegasnya, beliau mendakwa telah menerima banyak ‘sms’ sebelum ini berhubung masalah ketidak sempurnaan tugas yang dijalankan oleh pihak swasta yang dipertanggung jawabkan menyelenggarakan jalanraya di peringkat kampung malah ada jambatan yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk dibaikpulih.

26 ulasan:

samm berkata...

sebaiknya pekara ini perlu disiasat..SAPP juga mungkin sengaja untuk medapatkan perhatian dengan mengutarakan isu seperti ini. dapat dilihat SAPP banyak bercakap tapi hanya sekadar untuk mendapatkan perhatian atau untuk mendapatkan sokongan sahaja.

Anak Sabah berkata...

Ternampak SAPP betul-betul dah terdesak sehingga apa-apa jua isu mahu dipolitikkan.

Anak Sabah berkata...

Sebenarnya penduduk kampung sendiri sudahpun meminta SPRM menyiasat perkara ini dan ini sudahpun mendapat perhatian daripada kebanyakan media, dijangkan desakan daripada penduduk ini akan disampaikan kepada pihak berkuasa.

SAPP ini sekadar menumpang kereta sahaja.

Logop berkata...

Saya setuju supaya kes ini disiasat segera.

Logop berkata...

Pada pendapat saya, SAPP seakan hendak mengambil kesempatan dalam situasi seperti ini untuk menunjuk kepada penduduk yang mereka ini mengambil berat. Apa2x pun, ia terpulang kepada rakyat untuk mengundi parti mana.

Tanpa Nama berkata...

hal ini perlu disiasat, jika benar ada unsur2 pecah amanah, tindakan tegas perlu dilakukan.

Tanpa Nama berkata...

Im sure this will only going to be the first & the last time this issue being voice out by SAPP...

there is a difference between actively engaging the issues & voicing out the issues...the later option choose by SAPP, same as most of the previous issues they had voiced out...

nurfatihah berkata...

Biasalah, itulah kerja pembangkang, sentiasa membesar-besarkan kesilapan kecil pihak lawan. Mungkin daripada tindakan tersebut mereka percaya mereka boleh memenangi hati rakyat kawasan tersebut.

nurfatihah berkata...

Lagipun, jika tidak ada langsung pihak pembangkang, lagilah isu ini dibiarkan sahaja. Itulah kegunaan pembangkang. Menyedarkan yang sudah manja.

Hamdan Hadillah berkata...

Kalau betul, SPRM haruslah membuat siasatan keatas pesalah ini. Cari bukti untukmengukuhkan tuduhan tersebut.

evan medhousky berkata...

lagi bagus kalau SAPP dapat follow up masalah ini sehingga selesai. jangan hanya sekali perihatin kemudian cari isu lain dan abaikan isu yang terdahulu.

Hosie Masie berkata...

memang pembangkang perlu dalam mana-mana hal, tapi tidakkan isu yang tidak ada mahu direka-reka. Tidak juga baguskan. Sekiranya benar perkara ini berlaku tolong tunjukkan bukti yang kukuh. Itu barulah fakta dan bukan cerita-cerita.

evan medhousky berkata...

pihak LIGS wajar tampil memberikan penjelasan jika berlaku kekeliruan dalam hal ini. atau kerajaan perlu membersihkan reputasi mereka dengan membersihkan individu2 yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri.

Tanpa Nama berkata...

siasat ja hal ini, jika benar wat tindakan, jika tk SAPP pandai2 jawablah.

Mahsiran berkata...

apa pun biar sesuatu itu dengan kebenaran bukti dan jangan saja mahu memburukkan dengan media tanpa bukti. ini akan memberikan pandangan serong kepada orang berkenaan. Maka biar ada bukti batu boleh tuduh.

Tanpa Nama berkata...

pekara ini perlu disiasat. SAPP pula cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan isu ini untuk mendapatkan sokongan.

Paquin berkata...

Siasat hal ni dulu sebelum buat apa2 dakwaan. Dah ada bukti baru lah senang buat tuduhan. Ini tak.. huhu

Paquin berkata...

hahhahaa, Jonny mungkin sapp pun mahu famous juga ba. hehehee

Paquin berkata...

Kalau hal ni dah dipanjangkan, buatlah siasatan segera dan pastikan kebenaran dapat didedahkan kepada umum.

Paquin berkata...

Semoga hal ni dapat diselesaikan dengan baik.

Paquin berkata...

Sementara itu, kita janganlah buat andaian yang bukan2 dulu, nanti telebih pula. hehehe

Tanpa Nama berkata...

mereka yang bersalah harus diheret ke muka pengadilan..kes pecah amanah merupakan kes yang serius dan harus disiasat dengan teliti.

Tanpa Nama berkata...

"Bekas Pengerusi JKKK yang juga seorang peneroka, Uran Ontoros yang mendapat sokongan seramai 1,018 tanda tangan peneroka di situ ketika mendedahkan salah laku itu, meminta kerajaan mengambil tindakan tegas menangani masalah tersebut termasuk menyeretkan mereka yang terbabit ke muka pengadilan."

nampaknya dakwaan ini ada asasnya..kerajaan harus bertindak bagi menjaga kepentingan para peneroka di situ sesuai dengan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'..petualang2 tersebut harus diadili.

Unknown berkata...

Kes ini serius kerana melibatkan jumlah wang besar sehingga jutaan ringgit.
SPRM disaran menyiasat secara proaktif, apa mau tunggu lagi?

captain berkata...

Siasat segera dan heret mereka ke mahkamah.
Jangan sampai negara dimusnhakan.

Unknown berkata...

Masih kita mampu menanggung kerugian yang atau penyelewengan sebegini? Defesit semakin tinggi tetapi penyelewengan dana kerajaan tidak ditangani.