Lee Way Loon |
Kira-kira 100 mahasiswa Kolej New Era di Kajang hari ini berhimpun bagi menuntut pentadbiran universiti itu menarik balik pembatalan program Namewee di tempat mereka malam ini.
Kumpulan yang dipimpin oleh majlis perwakilan mahasiswa dan persatuan pengajian medianya antaranya bagi menyatakan sokongan kepada penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi itu.
Kolej New Era tidak memaklumkan keputusan pembatalan itu sebelum membuat kenyataan kepada pihak media, dakwa mereka.
Malaysiakini difahamkan kedua-dua pihak, mahasiswa dan pentadbiran kolej milik Dong Zong - NGO pendidikan Cina terbesar masih belum membuat keputusan berhubung tindakan seterusnya.
Antara cadangan yang dikemukakan adalah semua pihak - pelajar, Namewee dan juga PERKASA bersemuka dan berdialog bagi mencari jalan penyelesaian.
Siri jelajah itu diadakan sempena 'Nah' - tajuk video terbaru Namewee yang menyentuh mengenai isu perkauman di negara ini yang membabitkan beberapa pengetua sekolah yang menghamburkan kata-kata perkauman kepada masyarkat Cina dan India. Bagaimanapun bahasa yang digunakan dalam videonya itu dikatakan tidak bersesuaian dan menghina orang Melayu.
Dalam satu kenyataan, kolej itu menjelaskan tindakan itu diambil kerana mereka tidak gembira dengan insiden yang berlaku di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sebelum ini.
Kelmarin, perkarangan KLSCAH kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota PERKASA bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.
Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk PERKASA, bendera Malaysia dan membakar gambar Namewee.
"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu
18 ulasan:
Saya belum lg menonton filem Namawee lagi namun jika betul kata2 yang digunakan beliau tidak sesuai dan dikatakan menghina Melayu, dia juga salah dalam hal ini. Tetapi jika dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan hanya dilemparkan oleh Perkasa yang hanya didorong dgn emosi perkauman, Perkasa juga salah. Pokoknya, masalah ini tidak akan terjadi jika kedua guru besar tersebut bersikap profesional dan rasional. Mereka patut dipenjarakan kerana membelah-bahagikan kaum2 majoriti di Msia.
Hairan bagaimana mereka tidak diambil tindakan yang setimpal. Mengapa lepas tangan sahaja?
Kerana PERKASA, perang berlaku. Bubarkan sahaja parti PERKASA.
Diharapkan tindakan akan diambil terhadap ahli2x PERKASA yang terlibat kerana menimbulkan kekecohan. Dan saya juga amat berharap pengetua2x racis itu akan dihukum setimpal kesalahan mereka.
jika benar video terbaru namewee mempuyai unsur perkauman, sebaiknya video tersebt disekat. tak kira siapa, isu perkauman tak harus ditimbulkan.
Bagus juga tindakkan yang diambil oleh pihak pengurusan tersebut. Lebih baik menggelak dari berlaku perkara yang tidak diingin berlaku.
Sebaiknya semua pihak - pelajar, Namewee dan juga PERKASA bersemuka dan berdialog bagi mencari jalan penyelesaian.
Persembahan Namewee di kampus Kajang dibatalkan ekoran hasrat PERKASA untuk 'mengekori' ke mana saja penyanyi rap kontroversi itu mengadakan siri jelajahnya. Diharap para mahasiswa dapat menerima pembatalan ini. Memang ada baiknya kerana jika diteruskan persembahan tersbut hanya akan menimbulkan pelbagai masalah yang tidak diingini. Sebaliknya perbincangan baik perlu dilakukan terlebih dahulu.
alangkah baiknya jika Perkasa melakukan perkara yang sama terhadap 2 orang guru yang lebih dulu memulakan isu perkauman ini.
pekara ini perlu diselesaikan dengan baik. jangan sampai ianya berpanjangan pula.
Hal ni takkan selesai jika setiap pihak tak mahu beralah!!! sepatutnya berbincanglah dengan baik dan bukannya buang masa buat demo. huhuhu
Apapun saya harap hal ni dapat diselesaikan dengan baik dan keadaan akan kembali tenang :)
kes Namawee ni seharusnya jangan dipolitikkan. sebarang konstroversi yang melibatkan remaja seperti Namawee ni akan menyebabkan ramai lagi para remaja lain akan ikut jejak langkah beliau...Perkasa sepatutnya tidak terbawa-bawa akan perasaan dalam menangani hal Namawee ni dan tanganilah hal perkauman ni dengan bijak dan bukan pakai otak kat lutut!
pihak kolej sepatutnya berbincang dan menasihati para pelajar masing-masing tentang pembatalan filem Namawee ni. remaja ni panas baran tetapi mereka kalau dinasihati cara betul...sudah pasti mereka akan terima kenapa filem Namawee ini dibatalkan...tak pasal-pasal student mengamuk.
Perkasa berhak membantah kelakuan Namewee tetapi dengan cara ini cuma menunjukan mereka ini tidak berbeza dari Namewee.
Jika pihak berkuasa menjatuhkan tindakan tegas terhadap kedua-dua guru besar itu, maka perkara ini tidak akan menjadi semakin rumit.
Kes peragut lebih membinasakan ketenteraman dan keselamatan orang awam, lebih baik kedua pihak ini alihkan fokus mereka mengistiharkan perang terhadap sampah masyarakat ini.
Malaysia adalah negara demokrasi, mereka berhak untuk sokong sesiapa pun tetapi janganlah sampai bergaduh.
Catat Ulasan