KOTA KINABALU: Pemuda PAS Sabah mendesak agar kerusi Parlimen Batu Sapi di serahkan kepada PAS atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat Sabah.
Desakan itu dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.
Katanya, PKR Sabah gagal mengemukakan calon di parlimen tersebut pada pilihanraya ke-11 tahun 2004 dan ke-12 tahun 2008.
"Pada Pilihanraya ke-12 tahun 2008, PAS Sabah telah mengadakan perundingan dalam pembahagian kerusi dan telah menuntut kerusi tersebut namun ditolak oleh PKR Sabah dan PAS Sabah mengalah atas semangat setiakawan.
"Namun tindakan mereka yang tidak mengemukakan calon setelah tamat tempoh pencalonan menunjukkan bahawa mereka telah mengkhianati persefahaman telah dipersetujui bersama," katanya.
PKR telah meletakkan calon di 19 kerusi Parlimen, sedangkan PAS tidak meletakkan sebarang calon pada mana-mana kerusi Parlimen pada pilihanraya lepas.
"Maka kerusi Parlimen Batu Sapi telah diletakkan menjadi keutamaan untuk PAS bertanding sebagaimana yang telah diputuskan dalam bengkel strategik pilihanraya PAS Sabah di Sandakan pada awal tahun ini," katanya.
Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi diadakan beikutan kematian wakilnya dari PBS (BN), Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalanraya baru-baru ini.
Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan pilihanraya kecil tersebut serentak dengan DUN Galas.
Hari penamaan calon ialah 26 Oktober dan 4 November hari mengundi.
23 ulasan:
PAS dan PKR, kedua-duanya ingin bertanding dalam PRK di Batu Sapi. terpulanglah pada PR sendiri untuk membuat keputusan mereka.
PAS dan PKR masing2 nak menghantar calon untuk bertanding, PR kena memastikan calon yang terbaik untuk ikut bertanding.
Rupanya sudah ada Ketua Pemuda PAS Sabah. Nampaknya saya sudah jauh ketinggalan. Mungkin disebabkan populariti parti PAS di Sabah adalah sangat kurang. Jika populariti kurang, bagaimana hendak menang?
perebutan kerusi Batu Sapi ini bakal menimbulkan ketegangan diantara PKR dan PAS. nampaknya Pakatan Rakyat tidaklah sekukuh yang dilaung2kan. sehingga saat ini masih berlaku ketidaksefahaman dikalangan mereka walaupun mereka kelihatan agak serasi semasa mengkritik kerajaan, tapi sebaliknya bila berlaku pilihan raya.
Kerusi parliment itu tidak sepatutnya diberikan semata-matanya disebabkan semangat setiakawan. Calon dilantik perlu berdasar kepada kebolehan.
Semua parti komponen ini hanya mementingkan diri sahaja, tidak pernah mempertimbangkan apa yang terbaik kepada PKR secara keseluruhan.
samada PKR atau PAS, kedua2 parti ini tetap mempunyai persamaan iaitu berasal dari semenanjung. walaupun calon yang diketengahkan adalah calon tempatan, tetapi beliau tetap dikawal oleh pihak atasan dari SM. apa2 pun teruskan perebutan kerusi ini sementara parti lain sibuk membuat persiapan..
Saya harap hanya yang layak akan bertanding.
Kita tidak tahu lagi adakah PR akan menurunkan DAP, PKR atau PAS. Mungkin juga PR akan menurunkan dua parti bertanding untuk Batu Sapi. Ini kerana PAS inginkan kerusi Batu Sapi, tetapi PKR pula mahu menebus kesalahan sebelum ini, manakala DAP sekarang telah membuka pejabat baru di Batu Sapi. Kita tengok sendiri macamman PR ini nanti apabila tergilakan kuasa pemimpin.
Harap calon itu biarlah yang betul-betul berjuang untuk rakyat. Semoga PR bersaing dengan diri sendiri. PAS dan PKR sendiri mahu bertanding, jadi mari kita tengok siapa yang layak. PAS macam tamak sikit, GALAS sudah diserahkan kepada PAS untuk bertanding sekarang mahu bertanding di Batu Sapi lagi. PAS macam mahu menunjuk kebolehan mereka saja. Janganlah terlalu tamak PAS. Siapa tamak selalu rugi.
masing-masing pun mahu menghantar wakil untuk bertanding..jika mereka saling mendesak untuk menghantar wakil untuk bertanding, itu menunjukkan mereka hanya mementingkan diri.
tk kisah calon mana sekalipun, yng penting ia disukai rkyat.
Ada itu, main desak-desak.. huhu
Mana-mana sajalah, yang penting pilihan raya dapat dijalankan dengan tenang tanpa sebarang kekacauan.
Tambahan pula kuasa undian ada ditangan para pengundi. So tak perlu pening kepala kerana akhirnya nanti pengundi akan tentukan siapa yang mereka nak undi.
ya evan medhousky.. Baru soal kerusi dah timbul ketengangan, belum lagi soal lain.. hmm..
Apapun all the best kepada yang bakal bertanding nanti.
nampaknya semangat setiakawan dan persefahaman dalam PR hanya kata2 kosong sahaja.
PAS mendesak manakala PKR menolak..ternyata tiada persefahaman antara pari komponen PR berhubung pembahagian kerusi.
masing2 ingin menunjukkan taring mereka..entah apa pula kata nik aziz dengan anwar berhubung dengan isu dalaman PR ini.
mungkin adalah lebih baik jika PR tidak bertanding pada PRK batu sapi nanti kerana mungkin akan timbul kekecohan..sabah bukannya seperti semenanjung dan budaya politik tidak matang dalam PR tidak harus dibawa masuk dalam politik sabah.
apa pun, keputusan di tangan PR...
Catat Ulasan