Jumaat, 29 Oktober 2010

LDP rayu pengundi Cina pada BN

BERNAMA


Dengan kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi memasuki hari keempat, rayuan dikeluarkan kepada lebih 9,000 pengundi Cina di kawasan itu supaya mengundi calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin dari Parti Bersatu Sabah (PBS).

Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) Datuk VK Liew, satu komponen BN, menggariskan tiga sebab utama kenapa penduduk Batu Sapi tidak patut mengundi Datuk Yong Teck Lee dari Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Ansari Abdullah dari PKR dalam pertandingan tiga penjuru itu.

"Pertama, kedua-dua mereka tidak ikhlas untuk berkhidmat kepada pengundi di Batu Sapi. Mereka telah menyatakan bahawa mereka hanya mahu menggunakan pilihan raya kecil itu bagi mengukur populariti mereka.

"Pada satu peringkat, Yong malah berkata bahawa beliau mahu melihat peratusan Melayu atau Cina mengundinya. Dia kemudian akan menggunakannya sebagai satu anggaran untuk melihat bagaimana pengundi Sabah akan mengundi beliau dan SAPP pada pilihan raya umum ke-13.

"Ini benar-benar satu penghinaan kepada pengundi Batu Sapi memandangkan Yong semata-mata menggunakan mereka untuk mengukur kekuatannya dan tidak lebih daripada itu," katanya kepada Bernama, di Sandakan hari ini.

Lew berkata begitu juga dengan Ansari yang menggunakan pilihan raya kecil ini bagi menyelamatkannya untuk kelangsungan hidupnya dalam partinya sendiri.

"Kita telah melihat bagaimana beliau dipilih oleh pimpinan PKR dan ini dilakukan dengan begitu banyak perbalahan antara dua kem dalam PKR. Ini dapat dilihat dengan jelas di lapangan terbang Sandakan apabila kem PKR yang menentangnya secara terbuka berbalah dengan penyokong Ansari.

Selain itu, Liew, yang juga Anggota Parlimen Sandakan berkata rekod kerja Yong juga lemah sebagai ketua menteri Sabah apabila SAPP berada di dalam komponen Barisan Nasional sebelum beliau menarik diri dua tahun lalu. Yong adalah ketua menteri dari 1996 hingga 1998.

Katanya rakyat Sabah juga telah melihat sejak beberapa hari lepas bagaimana Yong mewujudkan "pakatan" dengan pimpinan atasan PKR malah menjadikan slogannya "Sabah Untruk Rakyat Sabah" sebagai satu retorik kerana "Yong telah berkata bahawa beliau boleh melakukannya tanpa parti yang berpangkalan di Malaysia Barat kerana 'persetujuan'nya dengan PKR membuktikan sebaliknya.

"Alasan Yong bahawa dia mahu berjuang demi hak rakyat Sabah dan menjadi wakil bagi rakyat Sabah di Parlimen, adalah lemah kerana satu sebab mudah, SAPP sudah ada dua Anggota Parlimen.

Adakah beliau menyatakan bahawa kedua-dua MP itu tidak berguna dan tidak efektif menyuarakan masalah rakyat Sabah di Parlimen? Sudah jelas bahawa Yong tidak yakin dengan MPnya sendiri," katanya.

Mengenai calon BN, Liew berkata walaupun Tsen boleh menolak pencalonan tetapi beliau menerima kerana "keinginannya yang membara" untuk meneruskan tugas mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang belum selesai.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian Chong, dalam nahas jalan raya pada 9 Okt.

Liew berkata keinginan untuk berkhidmat kepada penduduk Batu Sapi yang membezakan antara beliau dengan kedua-dua calon pembangkang.

"Linda Tsen kini menjadi ikon bagi kaum wanita yang walaupun berdepan dengan kesulitan dalam hidup tetapi mampu meneruskan sisa-sisa kehidupannya.

"Ia bukan mudah bagi beliau tetatpi saya tidak ragu-ragu bahawa wanita terutama di Batu Sapi dan Sabah amnya akan menyokong beliau. Apa yang penting, biarkan beliau meneruskan usaha yang ditinggalkan mendiang suaminya bagi berkhidmat kepada penduduk Batu Sapi," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Chong mendapat 9,479 undi menewaskan calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi termasuk 1,535 pengundi pos.

Sejumlah 15,099 atau 59.02 peratus pengundi adalah Bumiputera Islam, 689 Bumiputera bukan Islam (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan lain-lain, 57 (0.22 peratus).


25 ulasan:

azman berkata...

parti-parti yang bertanding sedang rancak untuk mendapatkan sokongan pengundi. BN perlu teruskan usaha jika ingin memenangi PRK ini.

Unknown berkata...

Sepanjang pilihanraya ini pun jarang kita dengar isu2 dari Datin Linda, cuma banyak kepasa YTL dan Ansari yang jatuh dari jambatan.

evan medhousky berkata...

yup, beri peluang kepada calon yang benar2 mempunyai kesungguhan untuk memimpin Batu Sapi. bukannya calon yang hanya mahu mengukur populariti parti mereka.

Tanpa Nama berkata...

rakyat kena bijak dalam membuat pilihan semasa mengundi. pilihan anda menentukan nasib anda pada masa hadapan.

Paquin berkata...

Rancak oo PRK BS kan.. hehhee

Paquin berkata...

Ya ba Johnson.. cool ja kan Datin Linda...

Paquin berkata...

Tapi tak pa la, saya yakin datin Linda ada cara tersendiri utk menambat hati rakyat. good Luck Datin Linda :)

Paquin berkata...

Semoga BN dapat mengekalkan kedudukan mereka di BS. Lakukan sesuatu agar rakyat terus menyokong BN.

Paquin berkata...

Para pengundi buatlah penilaian yang sebaik mungkin. Undi calon yang benar2 layak dan bukannya berdasarkan populariti saja.

Tanpa Nama berkata...

mengapa perlu Yong untuk menjadi ahli parlimen? adakah ianya berdasarkan kepada keinginan peribadi? pengundi tidak harus terpedaya dengan retorik Yong..

Tanpa Nama berkata...

mungkin Yong ada rancangan beliau sendiri di mana memerlukan beliau menjadi seorang MP.

Tanpa Nama berkata...

apa pun, PBS berpeluang besar untuk menang sekali gus mengekalkan batu sapi dalam BN.

langsat berkata...

bagi saya tunggu dan lihat selepas pru kecil baru tahu...

langsat berkata...

memang betul YTL dan Ansari tidak ikhlas berkhidmat untuk penduduk Batu Sapi. kenapa akhir-akhir ni baru mereka tu sibuk2 nak lawat rakyat? memanglah jambatan boleh runtuh sebab ramai-ramai lalu kat sana. dan masa tulah mereka nak dapat simpati sana sini....

langsat berkata...

Blessing in disguise...bagus juga Ansari jatuh dari jambatan..sambil menyelam sambil minum air!

langsat berkata...

antara ketiga-tiga pemimpin, siapa yang paling banyak BERCAKAP???

langsat berkata...

bila dekat-dekat pilihanraya baru nak sibuk sana sibuk sini. pemimpin yang berintegriti adalah sentiasa memastikan kewajipan rakyat tanpa perlu disuruh atau menayang-nayang hasil kerjanya dalam MEDIA. "Action speaks louder than words"

Leo berkata...

"Pertama, kedua-dua mereka tidak ikhlas untuk berkhidmat kepada pengundi di Batu Sapi. Mereka telah menyatakan bahawa mereka hanya mahu menggunakan pilihan raya kecil itu bagi mengukur populariti mereka.

Saya setuju dengan kenyataan Datuk VK Liew. Adaka patut mereka bertanding semata-mata untuk mengukur populariti mereka sahaja. Bagi saya, ini adalah satu penghinaan kepada Batu Sapi.

Leo berkata...

Lagipun, saya rasa kejadian Ansari jatuh ke dalam laut untuk 2 kali mungkin adalah satu petanda bahawa Batu Sapi tidak menerima atau percaya Ansari mengurus Batu Sapi. Pada pendapat saya, PKR adalah satu parti yang bagus tetapi gara2x mereka pilih calon yang salah akan menyebabkan mereka kalah teruk dalam pilihan raya kecil ini.

Leo berkata...

Oleh itu, pengundi2x harus bijak menilai calon2x. Undilah yang terbaik!

Leo berkata...

May the best man win!

Hamdan Hadillah berkata...

Begitu juga yang dilakukan oleh pembangkang meminta rayu dengan rakyat. Harap kita nantikan sesuatu persaingan yang sangat menarik nanti pada 4 november ini.

Hosie Masie berkata...

Harap para pengundi dapat memberikan kerjasama utuk semua. Tunaikan tanggungjawap anda kerena itu adalah demi masa depan rakyat sendiri.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan rakyat akan membuat keputusan yang baik dalam PRK Batu Sapi. Selamat mengundi.

Anak Sabah berkata...

Pandai-pandailah menilai calon berdasarkan prestasi dan kebolehan masing-masing.