Isnin, 11 Oktober 2010

JERIT protes pindaan Akta Kerja esok

MALAYSIA KINI


Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) akan mengadakan protes membantah pindaan Akta Kerja di hadapan Warta Bandar Baru Bangi petang esok.

Penyelarasnya, Madhavi S berkata, ia diadakan sejajar dengan protes serentak di beberapa tempat di Selangor dan negeri lain.

Menurutnya, kerajaan akan membawa cadangan untuk meminda tiga undang-undang pekerjaan iaitu Akta Pekerjaan 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

"Cadangan pindaan ini dianggap yang paling buruk dalam sejarah pekerja di Malaysia dan semua pindaan ini hanya akan menguntungkan majikan sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pindaan-pindaan ini akan dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia dalam (sidang) Parlimen pada bulan ini," tambahnya.

Sidang Parlimen bermula hari ini.

Tiada ulasan: