BERNAMA | ||
|
Beliau berkata, permohonan itu penting berikutan wujudnya percanggahan berhubung dakwaan seksaan dalam afidavit yang diikrarkan oleh anak guamnya dengan Norazan dan Md Amin.
"Persoalannya, siapakah yang bercakap benar? Kebenaran ini hanya boleh diketahui jika kedua-dua Mejar itu dipanggil ke mahkamah untuk disoal balas," katanya.
Sebelum ini, Tharmendran mendakwa pasukan penyiasat TUDM menderanya secara fizikal bagi mendapatkan pengakuan bersalah daripadanya.
Norazan dan Md Amin dalam afidavit mereka pula menafikan dakwaan bahawa mereka yang melakukan perbuatan itu.
Latheefa juga berkata, keputusan berhubung permohonan notis usul itu penting bagi permohonan utama pihaknya iaitu untuk menggantung atau membatalkan pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat yang dikenakan ke atas anak guamnya.
"Dakwaan yang dibuat adalah sangat serius dan menjejaskan secara langsung prosedur dan sistem jenayah negara ini. Maka untuk tujuan integriti sistem tersebut, penting untuk kita mendapatkan kebenaran menerusi soal balas,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya mahkamah membenarkan permohonan tersebut ia akan menyukarkan pihaknya kerana mereka yang berpotensi sebagai saksi akan dipanggil sebanyak dua kali.
"Ini diburukkan lagi apabila pemohon tidak menyatakan secara khusus bahagian yang ingin disoal balas,” katanya.
Ishak turut merujuk kepada afidavit yang diikrarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir bertarikh 22 September lalu yang menyatakan bahawa dakwaan diseksa tidak mempengaruhi pertuduhan terhadap Tharmendran.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad kemudian menetapkan 29 Oktober ini untuk membuat keputusan bagi membolehkan beliau melakukan penyelidikan terlebih dulu.
Tharmendran hadir di mahkamah bersama bapanya, N Nagarajah, 71, kerana dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.
Pada 6 Januari lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, dekat sini terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed Matra 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi dekat Kuala Lumpur pada 30 April 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan