Oleh: BATU API
CALON Parti Maju Sabah (SAPP) PRK Parlimen Batu Sapi, Datuk Yong Teck Lee menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengabaikan pembangunan lebih 10 tahun lalu, khususnya yang melibatkan infrastruktur di kawasan Perkampungan Pukat, dekat bandar Nam Tung dalam kawasan Parlimen Batu Sapi; termasuklah pengeluaran geran tanah kepada penduduk di situ.
Tegasnya, beliau sedih melihat bahawa kawasan Parlimen Batu Sapi terus terpinggir daripada arus pembangunan BN yang sering mencanang kononnya limpahan peruntukan berbillion ringgit untuk Sabah tetapi kebanyakan kawasan di Sabah termasuk Batu Sapi masih tidak berubah.
“Saya masih ingat dengan jelas bahawa infrastruktur jambatan di Kg Pukat ini diluluskan oleh saya ketika itu selaku Ketua Menteri Sabah pada tahun 1997 dan begitu juga geran tanah sebahagiannya sudah dapat bersama-sama dengan para pemilik tanah di seluruh negeri Sabah sekitar tahun 1997/1998,” Kata Datuk Yong dalam satu sidang akhbarnya ketika melawat kawasan Kg Pukat pada Rabu.
Beliau yang diiringi beberapa pemimpin SAPP termasuklah mantan Pemimpin Kemajuan Rakyat, Tan, menyifatkan susun atur pembangunan di kawasan Parlimen Batu Sapi dalam keadaan ‘lintang pukang’ dan berada di paras minima.
“Kita dapat lihat persekitaran di sebuah restoran tepi pantai Ocean King. Lanskapnya langsung tidak menarik, lot letak kereta tidak teratur dan sempit. Manakala kawasan perumahan Taman Bandar Indah dan Sibuga kotor tidak terurus dengan baik. Mengapa tiga pemimpin besar dalam BN yang mewakili Sandakan ini tidak dapat aturkan masalah tersebut,” tegas Datuk Yong.
Datuk Yong yang juga Presiden SAPP menegaskan bahawa rakyat ada sebab dan alasan yang kukuh untuk mengatakan kerajaan BN sekarang tidak mampu meneruskan pemerintahan mereka di Sabah dan negara pada amnya kerana kegagalan mereka memenuhi aspirasi rakyat seperti mana janji mereka dahulu.
Ketika ditanya berhubung isu mahu kuasa autonomi dikembalikan kepada Sabah, isu royalty minyak, 20 perkara dan Pulau Labuan pihak pemimpin BN sifatkannya sebagai isu lapuk dan tidak relevan lagi Yong berkata,
“Itu bukan isu lapuk tetapi sebaliknya ia adalah isu tertunggak yang kita tetap teruskan untuk menagihnya daripada pemimpin persekutuan. Kita bukan main-main atau sandiwara dalam soal itu, malah kita serius dan kita akan bangkitkannya di Parlimen selepas kita diberi mandat oleh rakyat Batu Sapi,” tegas Yong.
Mengenai kenyataan liar pemimpin DAP Sabah, terutamanya Dr Hiew King Chew, Yong berkata, biarlah Hiew bercakap kalau apa yang dicakapkannya itu ada kebaikan dari segi kerjasama antara PR dan SAPP, tetapi lebih baik Hiew tutup mulut jika dia (Hiew) bercakap ala kebudak-budakan.
“Agak membuang masa melayani karenah pemimpin hipokrit seperti Hiew yang tidak memahami apa dia kerjasama. Kita boleh berkawan tetapi tidak semestinya berkahwin,” kata Yong lagi.
Dalam pada itu, Yong turut menegaskan bahawa insiden pergaduhan yang berlaku tumbuk-menumbuk penyokong PKR di Lapangan Terbang dekat sini berhubung masalah calon harus diselesai dengan cara yang terbaik dan tertutup; yang sekaligus melabelkan PR sebagai kurang kematangan yang mencetuskan kejadian yang memalukan di mata masyarakat.
27 ulasan:
apa yang YTL lakukan ketika beliau menjadi KM dahulu? kenapa isu-isu ini tidak diperjuangkan ketika beliau menjadi KM? sekarang bila sudah tiada kuasa barulah sibuk membangkitkan itu dan ini...
isu ini sepatutnya dibangkitkan sejak dahulu lagi, sewaktu YTL berkuasa. YTL hanya menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk mendapatkan sokongan rkyat.
Ya memang itu isu tertunggak, mengapa Yong Teck Lee tidak mengatasi masalah itu bila masih KM dahulu? Mengapa sampai sekarang baru mahu mengeluarkan perkara ini?
Rakyat patut membuat pilihan yang terbaik bila PRK pada 4 Nov nanti.
YTL didn't contribute much when he was the CM. If he was concern about Sabah, he would have solve the issues Sabah is facing.
Vote wisely ppl!
Betul itu, Tapi semasa YTL jadi KM apa yang tertunggak??saya rasa lebih teruk berbanding sekarang. Lebih banyak telah perubahan berlaku selama Datu Musa menjadi KM. Tapi semasa YTL jadi KM langsung tidak nampak apa-apa perubahan dengan Sabah.
Yong tidak mempunyai point yang kuat untuk memikat pengundi di Batu Sapi. beliau hanya berpeluang menggunakan sedikit jasa beliau dan menimbulkan isu2 lama Sabah yang beliau sendiri abaikan ketika menjawat jawatan ketua menteri Sabah.
peluang SAPP dan PKR untuk menang PRK Batu Sapi semakin tipis ekoran kedua2 parti tersebut saling berbalas2 serangan sedangkan kedua2 parti itu dipihak yang sama iaitu pembangkang. teruskan membangkang sesama sendiri kerana tindakan itu dapat membantu BN untuk terus mengekalkan kerusi Batu Sapi.
YTL memang tidak sedar diri sekarang. Baru sekarang beliau sedar macammana Sabah. Dulu semasa beliau jadi KM tidak pernah memperdulikan rakyat di Batu Sapi. Tapi bila ada kepentingan baru beliau sedar semua ini, dimana silap YTL dulu yang pentingkan pembangunan ditempat beliau sahaja. Harap rakyat dapat memikirkan semua ini. Semasa ada kepentingan saja mereka ini berlumba-lumba mahu bercakap tolong, tolong, tolong, bantu, bantu, bantu rakyat..
Mungkin baru sekarang beliau sedar betapa kesian rakyat sekarang. Semasa beliau jadi KM tidak kurangnya juga. Apa pun PRK Batu Sapi ini nanti kita akan tunggu siapa yang rakyat akan pilih. Kita akan tahu tidak lama lagi. Memang rakyat memerlukan seorang pemimpin yang boleh membantu rakyatnya. itulah keinginan rakyat yang sebenarnya. semoga berjaya setiap calon yang bertanding.
SAPP telah menjadikan isu autonomi Sabah untuk meraih undi. semasa YTL menjadi ketua menteri, dia tak pula bangkitkan isu ini. malah dia menyebabkan SAS mengalami kerugian teruk. rkyat jgnlah mudah terpedaya dgn agenda politik YTL ni. beliau tak beoeh mentadbir Sabah dengan baik.
“Itu bukan isu lapuk tetapi sebaliknya ia adalah isu tertunggak yang kita tetap teruskan untuk menagihnya daripada pemimpin persekutuan. Kita bukan main-main atau sandiwara dalam soal itu, malah kita serius dan kita akan bangkitkannya di Parlimen selepas kita diberi mandat oleh rakyat Batu Sapi,” tegas Yong.
sebelum ini, SAPP ada dua kerusi Parlimen..mengapa tidak bahaskan isu tersebut pada masa sebelum SAPP mengkhianati BN?
YTL hanya menggunakan isu peribadi beliau dalam berkempen di PRK batu sapi..
seperti yang Musa katakan, apa YTL telah buat untuk sabah pada masa beliau menjadi KM? check rekod YTL.
ramai yang tidak mempercayai Yong kerana Yong hanya bersuara apabila sudah tiada kuasa. tapi ketika bekuasa dan ketika menjadi KM Sabah dulu, beliau tidak pula banyak menyumbang...
banyak point pengomen2 disini yang mungkin tidak mampu dijawab oleh YTL. apa pendekatan atau perancangan YTL dalam memperjuangkan isu2 itu? sejauhmana YTL mampu memperjuangkan slogan itu?
bila dekat PRK, YTL bersungguh2 memperjuangkan itu ini. tapi bila sudah dapat kerusi, sembunyi sana sini. apa2 soalan dari rakyat semua di serahkan kepada orang kanan atau macai2 SAPP..
isu lapuk adalah isu tertunggak yang tidak diselesaikan oleh YTL semasa dia dia jadi CM dulu. kenapa anda tidak bercakap tentang isu autonomi masa jadi CM dulu? kenapa sekarang baru nak hentam sana hentam sini? what actually are u trying to tell rakyat?
undi hanya layak untuk pemimpin yang menjalankan kewajipan untuk rakyat. bukan undi untuk NATO dan tin kosong
YTL harus menyuarakan sesuatu perkara yang lebih berfaedah dan beretika dan bukannya memburukkan parti lawan...
rakyat sekarang ni bijak dan tahu nak pilih siapa yang layak dan siapa bukan....siapa pemimpin yang baik siapa bukan. isu pembangunan yang lintang pukang di batu sapi tu sebenarnya adalah salah siapa? bukan BN yang salah tetapi yang salah ialah jentera pelaksana yang tidak menjalankan tugas.
Saya tak pasti kenapa sekarang baru YTL sibuk sangat nak pertahankan hak sabah (kononlah).... Masa dia jadi KM tak pula dia berabis.. huhuhu
Saya bukannya anti YTL mahupun SAPP, tapi boringlah kalau hanya tahu kritik ja.. Kalau sumbangan dah banyak lain cerita ni, 'menyumbang' ada la... hahhahahhaha
Kalau betul isu ni tertunggak, maknanya semasa Yong jadi KM; dia pun tak dapat tanggani isu2 ini.. hehehe
Jadi, bukankah hal ni membuktikan YTL pun bermasalah.. Jadi janganlah asyik menyalahkan CM sekarang saja; nanti makin teserlah pula keburukan diri sendiri. huhuhu
kalau boleh sebelum nak kritik orang lain, cerminlah diri tu sendiri.. dah cukup sempurna ka tak.. Kalau belum; lebih baik tutup mulut :P
Catat Ulasan