Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPURt: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi digesa menjelaskan impak berantai di sebalik partisipasi pasukan tentera dalam operasi pengaman dunia. Menurut Datuk Dr. Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seakan tidak menghiraukan pandangan Kuala Lumpur dalam isu puak Serb menyembelih puak Islam di Bosnia Herzegovina. Walhal katanya, Malaysia pada era hujung 1990-an merupakan antara negara anggota yang komited menyertai misi pengaman PBB sejak tahun 1960-an lagi. "Sewaktu kita dilihat ada taring dan gigi, Malaysia telah mengesyorkan supaya tentera pengaman ini meningkatkan pensenjataan mereka, tiga syor kepada PBB supaya kita ini dilihat mampu membantu konflik di negara-negara luar. "Sekarang kita bukan lagi pengerusi NAM dan OIC, apakah plan seterusnya kerajaan supaya kita masih dilihat sebagai pasukan pengaman di negara-negara luar dalam suasana kita tidak mempunyai taring dan gigi lagi," soalnya pagi tadi mencelah pada sesi soalan jawab di Dewan Rakyat. Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad seakan tidak mengaku anggapan Mohd Hayati bahawa Malaysia gagal mempengaruhi PBB walaupun komited dalam menghantar pasukan pengaman. Sebelum itu, Mohd Hayati pada sesi soal jawab lisan meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan jumlah operasi pengaman negara di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kementerian turut diminta menjelaskan kos perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan serta jumlah anggota keselamatan negara yang terlibat dalam operasi-operasi pengaman peringkat dunia tersebut. Beliau turut meminta kementerian menjelaskan impak positif di sebalik komitmen kerajaan menghantar pasukan pengaman di peringkat global. Menjawab soalan itu, Abdul Latiff mendedahkan sebanyak 7 misi pengaman telahpun disertai oleh Kuala Lumpur sejak era 1960-an. Sepanjang misi itu, beliau berkata, lebih 20 ribu pegawai pengaman telahpun diutuskan ke seluruh dunia. Ujarnya lagi, kerajaan telah mengeluarkan pendahuluan lebih RM50 juta bagi menampung kos operasi setiap misi pengaman tersebut. Tetapi, katanya pendahuluan tersebut kemudiannya dibayar semula oleh PBB. Namun, beliau tidak pula menjelaskan secara terperinci rancangan kerajaan untuk memastikan suara Malaysia kembali didengar oleh PBB ekoran pendirian kerajaan pusat komitmen menghantar pasukan pengaman ke misi-misi dunia kelak. |
Rabu, 13 Oktober 2010
AS mahu negara terus jadi pasukan pengaman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan