Isnin, 5 April 2010

Pilihan Raya Kecil Pas Kelantan tunggu arahan Pusat

DETIK DAILY


Jentera Pas Kelantan berada dalam keadaan siap sedia dan hanya menunggu arahan Pas Pusat untuk digerakkan ke pilihan raya kecil Hulu Selangor, kata Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Abd Fatah Harun.

Menurutnya, persiapan jentera sudah sedia dilakukan dan menunggu lampu hijau dari pujuk pimpinan parti termasuk dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijangka meletakkan calon bagi kerusi itu.

“Kita tiada masalah untuk menyediakan jentera rasmi atau tidak rasmi, malah ramai ahli yang secara sukarela sudah menyatakan komitmen untuk membantu calon Pakatan Rakyat(PR),” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian :semalam.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Zainal Abidin Ahmad, 71, dari PKR akibat barah otak pada 25 Mac lalu dan hari penamaan calon ditetapkan pada 17 April, manakala hari mengundi ditetapkan pada 25 April.

Dalam pada itu menyentuh mengenai kenyataan pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang menganggap peluang PR untuk memenangi kerusi ini tertutup berdasarkan senario semasa, Abd Fatah berkata, kenyataan itu hanyalah retorik politik yang dicanangkan oleh UMNO.

Katanya, Pas sudah memahami taktik yang digunakan oleh BN bagi memerangkap PR supaya berada dalam lemah sebelum berjuang.

“Inilah yang perlu diambil kira oleh jentera PR, jangan terpengaruh dengan serangan awal yang dilakukan oleh BN. Pilihan raya kecil berbeza kerana strategi menentukan kemenangan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku.

Dalam perkembangan lain, Abd Fatah berkata, lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kelantan kelmarin tidak mempengaruhi pola pengundian rakyat di negeri ini.

Katanya, lawatan itu tidak memberi kesan langsung kepada perubahan penyokong BN kerana rakyat Kelantan tidak mudah dipengaruhi isu yang dibangkitkan oleh Muhyiddin. S/H

Tiada ulasan: