MALAYSIA KINI | ||
|
Januari lalu, Norizan, 30, dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.
Dilaporkan akibat serangan tersebut, Norizan mendakwa beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu bawah pengawasan polis.
Mengulas lanjut, Idris berkata, selepas lebih enam bulan trauma, Norizan masih belum mendapat pembelaan yang dikehendakinya.
Katanya, kes Norizan belum berjawab, kini timbul pula kes remaja 15 tahun, Aminulrasyid yang mati ditembak Polis Isnin lalu.
"Kedua-dua kes ini menarik perhatian rakyat terutama kematian Aminulrasyid yang dijangka bakal mengambil peperiksaan PMR hujung tahun ini," kata Idris dalam satu kenyataan.
"Kita boleh bersetuju supaya rakyat memberi ruang kepada pihak berkuasa menyiasat kes ini, tapi adakah kita perlu menunggu enam bulan lagi seperti kes Norizan barulah Polis mahu menyiasat," tambahnya.
Berikutan itu, Idris berkata, adalah lebih telus dan adil jika pihak ketiga iaitu suruhanjaya bebas mengambil alih tugas siasatan ini bagi memastikan mangsa dan keluarganya mendapatkan pembelaan yang sewajarnya.
'Namun Polis juga umpama setandan kelapa, pasti ada juga yang busuk, maka mereka harus tegas bagi memastikan imej anggota lain dan pasukan Polis keseluruhannya tidak terjejas," tambah Idris.
Malah, tambahnya, dalam kes seperti Norizan dan Aminulrasyid juga, pihak polis berhak untuk membela anggotanya.
"Tetapi biarlah pembelaan itu dibuat melalui suruhanjaya bebas, bukan melalui siasatan pihak polis sendiri yang dipertikaikan ketelusannya," tegasnya lagi.
Sehubungan itu, PAS berharap agar kedua-dua kes tersebut dapat diselesaikan secara baik.
'Rakyat berhak untuk terus menilai prestasi polis dari semasa ke semasa dan polis bertanggungjawab untuk terus menjaga imej serta kredibiliti perkhidmatan mereka," tegas Idris lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan