Khamis, 29 April 2010

Ahli Keluarga Aminulrashid Beri Keterangan Selama Tiga Jam


TV SELANGOR

SHAH ALAM : Selain saksi utama yang memberi keterangan kepada polis petang tadi, Norsiah Abdullah - ibu remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis turut memberi keterangan kepada polis selama tiga jam.

Turut memberi keterangan antara jam 6 petang hingga 9 malan ialah kakak kepada Aminulrashid, Norazura Amzah dan suaminya, Muzaffar Mahali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Peguam mereka, Farhana Abdul Halim bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada anak guamnya itu akan dipanggil semula atau tidak dan ia bergantung kepada budi bicara polis.

Tiada ulasan: