Khamis, 29 April 2010

Mustapha: PAS tidak sabotaj Zaid


dato mustafa ali Oleh: Rahmah Ghazali


KUALA LUMPUR: Setiausaha agung PAS, Datuk Mustapha Ali menjelaskan parti itu tidak melakukan sabotaj terhadap calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti mengenai parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat parti di sini, pemimpin PAS veteran itu meletakkan 60 peratus jentera parti untuk membantu dan menguatkan jentera pilihanraya PKR.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti jika sabotaj dilakukan oleh pihak lain dalam PKR.

Orang bercakap pemimpin PKR yang bercita-cita tinggi tidak selesa dengan kehadiran Zaid tetapi ini bukan sebab utama kekalahan calon PKR itu, kata Mustapha.

"Saya tidak mahu menjawab orang PKR telah sabotaj beliau walaupun ada melompat parti. Bagaimanapun, ia tidak memberi impak sokongan orang kepada Datuk Zaid," katanya. Calon BN, P Kamalanathan mengalahkan Zaid dengan majoriti 1,725 undi. Beliau mendapat 24,997 undi manakala Zaid 23, 272 undi

PAS penerima kesilapan Zaid

Mustapha juga menolak spekulasi bahawa kebanyakan pengundi PAS tidak menyokong Zaid sebab "political baggage".

Ketika Zaid menjadi menteri undang-undang dan pemimpin utama Umno beliau telah menyaman kerajaan PAS Kelantan berhubung cadangan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.

Beliau telah menjadi perhatian apabila dituduh pemabuk dan suka berjudi.

"Tidak ada isu (tabiat berjudi dan minum). Kamu tahu mengenai fitnah," kata Mustapha sambil menambah, Zaid telah diterima sepenuhnya oleh PAS setelah beliau mengaku kesilapannya di depan 600 pekerja kempen.

"Beliau telah mengaku dan memohon maaf. Beliau juga berkata telah bertaubat. Kepada orang Islam apabila seseorang mengaku kesalahannya secara terbuka, ia boleh diterima," tambahnya.

Walaupun kalah, Mustapha kekal optimis Hulu Selangor kembali ke Pakatan dalam pilihanraya umum akan datang.

Tiada ulasan: