Isnin, 8 Mac 2010

Zul Nordin Bukan Lagi Peguam Anwar

TV SELANGOR

DAMANSARA : Zulkifli Nordin bukan lagi menganggotai pasukan peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam permohonan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan keputusan itu sebenarnya berkuat kuasa sejak sebulan lalu dan ia tidak ada kena mengena dengan pemecatan Zulkifli sebagai ahli parti semalam.

Sebaliknya, Ketua Pembangkang pada sidang media hari ini, menjelaskan keputusan berkaitan kedudukan Zulkifli dalam pasukan peguan dibuat berikutan bantahan peguam lain.

Tiada ulasan: