Rabu, 3 Februari 2010

Tiada pilihan raya semula di UM

Abdul Rahim Sabri & Wong Teck Chi


Pilihan raya kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) tidak akan diadakan semula dan keputusan pada Khamis lalu kekal, demikian diumumkan oleh naib canselornya, Prof Datuk Ghauth Jasmon, sebentar tadi.

Menurut beliau, sehubungan itu Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) akan dibentuk kabinetnya dalam tempoh seminggu ini.

Katanya, siasatan yang dijalankan oleh perunding yang dilantik oleh pihak universiti dan juga perwakilan pelajar mendapati tidak ada masalah dengan sistem pengundian berkomputer (e-undi).

NONE"E-undi tak ada masalah. Kedua-dua konsultan yang dilantik daripada pelajar dan pihak universiti kata tak ada masalah.

"Harvard yang menggunakan e-voting juga tidak ada masalah," katanya.

Menurut Ghauth lagi, semua bantahan yang dikemukakan oleh pelajar tidak memberi kesan kepada keputusan pengundian.

Bagaimanapun, pihak universiti akan terus membuat pemantauan bagi penambah-baikan sistem tersebut dalam pilihan raya akan datang.

Dengan pengumuman itu, kumpulan pro-Aspirasi kekal menguasai UM dengan memperolehi 21 kerusi.

Pihak pro-Mahasiswa (pro-M) pula mendapati 17 kerusi manakala calon bebas mendapat tiga kerusi. Dua daripada tiga calon berkenaan kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan pro-A.

Tiada ulasan: