Isnin, 14 Disember 2009

Manohara tidak akan kembali taat: Ibu

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Model Indonesia, Manohara Odelia Pinot, 18, tidak akan kembali taat dan membayar hutang berjumlah RM1,112,250 kepada suaminya, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, yang juga Tengku Temenggong Kelantan.

Manohara menyatakan demikian melalui ibunya, Daisy Fajarina, yang turut kecewa dengan perintah dikeluarkan Mahkamah Ting-gi Syariah Kota Bharu semalam dan menganggapnya tidak adil kepadanya sekeluarga.

“Jika dilayan dengan baik, sudah tentu dia (Mahohara) mahu pulang ke sana (Kota Bharu) dan bersama suaminya semula tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Dia dilayan dengan kejam. Semua orang di Malaysia tahu perkara ini tetapi tidak mahu bercerita mengenainya.

“Sebagai manusia, Manohara berhak berasa takut. Yang pasti, dia tidak akan pulang kepada suaminya kerana bimbangkan kesela-

matannya, selain serik dengan perlakuan kejam ke atas dirinya sepanjang tempoh perkahwinan mereka,” katanya ketika dihubungi di Jakarta, semalam.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Mohd Yusof Awang memerintahkan Manohara kembali taat dan membayar semula semua hutang kepada suaminya dengan perintah itu akan berkuat kuasa sebaik saja `Yamin Istizhar’ atau sumpah jelas dilafazkan oleh Tengku Muhammad Fakhry di mahkamah berkenaan, 3 Januari depan.

Manohara yang memakai gelaran Cik Puan Temenggong, juga perlu membayar jumlah hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas sumpah berkenaan disempurnakan. Tengku Muhammad Fakhry hadir mendengar keputusan itu tanpa kehadiran isterinya.

Daisy turut mendakwa perkahwinan Manohara dan Tengku Muhammad Fakhry pada 28 Ogos 2008 tidak mengikut prosedur sepatutnya, sebaliknya anak gadisnya itu ‘dilarikan’ putera kedua Sultan Kelantan itu untuk berkahwin.

“Dia bukan saja diperlakukan kejam, malah turut dihalang berhubung dengan keluarganya sendiri, termasuk saya. Atas sebab itulah, Manohara melarikan diri daripada suaminya ketika berada di Singapura sebelum ini,” katanya.

Ditanya mengenai jumlah hutang yang dituntut, beliau berkata, isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan kerana tiada dokumen sah membuktikan Manohara meminjam wang berkenaan daripada suaminya.

“Tiada hitam putih menyatakan wang itu dipinjamkan oleh suaminya. Bagi Manohara, ia lebih kepada wang nafkah untuk isteri daripada seorang suami. Mengenai hadiah diterima Manohara seperti kereta mewah, tas tangan dan seba-gainya, semuanya sudah diambil semula keluarga suaminya. Tindakan mereka menggambarkan betapa murahnya nilai orang Indonesia yang seolah-olah mengharapkan hadiah mewah dan wang,” katanya.

Tiada ulasan: