(Bahagian Keempat)
Oleh ROZAID A. RAHMAN
BERIKUT adalah petikan-petikan menarik daripada sidang akhbar Chin Peng sebaik sahaja selesai majlis menandatangani perjanjian damai di antara Kerajaan Malaysia-Thailand dan CPM, pada 2 Disember 1989:
Q: Apakah ada anggota-anggota CPM yang mahu kembali ke Negeri China selepas perletakan senjata ini? A: Saya kira tak mungkin ada anggota kami yang mahu ke China. Kalau ada pun mungkin seorang dua sahaja. Kami sebagai pemimpin CPM akan menghormati pilihan-pilihan yang akan diambil oleh anggota-anggota kami. Saya tidak dapat memberikan bilangan sekarang berapa ramaikah yang akan bermastautin di Thailand atau hendak pulang ke Malaysia.
Q: What about you?A: Saya mempunyai rancangan saya sendiri. Tetapi saya akan berbincang dengan jawatankuasa pusat parti. Jadi tidak dapatlah saya jawab sekarang. Tetapi saya ingin mengambil peluang ini untuk membetulkan laporan-laporan awal dalam media yang mengambarkan seolah-olah saya akan mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan datang di negeri saya (Malaysia). Itu adalah tidak benar...
Q: Will you be active in politics?A: (Beliau mengambil masa yang panjang untuk menjawab soalan ini...) Saya belum berbincang dengan jawatankuasa pusat secara mendalam berhubung soal ini. Selama setahun lebih kami sibuk dengan perundingan damai ini. Kami tidak mempunyai waktu yang cukup untuk membincangkan rancangan-rancangan akan datang secara terperinci tetapi dalam pengumuman bersama yang dibuat tadi, telah dinyatakan bahawa Kerajaan Malaysia memberi pengakuan bahawa anggota-anggota pasukan bersenjata kami yang akan dibubarkan itu yang terdiri daripada warganegara Malaysia boleh mengambil bahagian secara bebas dalam aktiviti politik di Malaysia dalam rangka Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Malaysia. Ringkasnya kami akan mentaati undang-undang dan tertakluk kepada undang-undang negara kami.
Q: Are you still a Marxist-Leninist?A: Yes I am...
Q: Adakah perjanjian damai ini merupakan satu penyerahan diri kepada angkatan tentera?A: Tidak. Saya tidak fikir begitu. Segala-galanya mengikut apa yang terkandung dalam pengumuman bersama tadi.
Q: Berapa ramaikah anggota CPM sekarang?A: Yang ada pada saya cuma bilangan anggota bersenjata yang dipimpin oleh kami...jumlahnya dalam 1,100 anggota.
Q: Benarkah terdapat dua orang bekas askar Jepun dalam pasukan bersenjata CPM?A: Ya benar. Ada dua orang dalam unit kami. Dan kami sedang berikhtiar untuk membawa mereka pulang semula ke Jepun.
Q: Bagaimana dengan rakyat Singapura? Berapa ramai dalam CPM?A: Dalam pasukan saya sahaja ada antara 30 hingga 40 orang.
Q: Will you be meeting Tunku Abdul Rahman for the second time now?A: Buat masa ini...no comment.
Q: Mengenai kepimpinan Dr Mahathir Mohamad?A: Saya menghargai semangat tolak ansurnya dan atas kerana itulah perjanjian damai ini dapat dijayakan.
Q: Dengan termeterainya perjanjian damai ini, apakah CPM masih wujud?A: Kandungan perjanjian ini boleh menjawab soalan itu.
Q: Apakah yang saudara lakukan selama ini. Adakah saudara ada mengeluarkan arahan-arahan harian berhubung kegiatan CPM?A: Tidak. Saya cuma memimpin secara nasihat...dari segi politik...yang besar-besar sahaja.
Q: Adakah saudara ingin bertemu kembali dengan ahli keluarga?A: Sudah tentu...Kami telah terpisah hampir 41 tahun tapi saya belum dapat tentukan bilakah saya dapat berbuat demikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan