Wartawan Buletin
KEMAMAN – Sehari selepas Menteri Besar Dato’ Ahmad Said ’berleber’ dan menyuruh Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) meletakkan jawatan kerana ’kurma dan air zam-zam’ tidak sampai ke rumah rakyat, seorang Pengerusi JKKK dalam daerah ini pula ditangkap khalwat.
Abu Bakar atau Pak kar, 60 yang dikenali ramai, Pengerusi bagi JKKK Kampung Tuan/ Enjin Gergaji telah ditahan dalam serbuan ’Operasi malam Merdeka’ disebuah hotel di bandar Chukai, dekat sini.
Menurut sumber Penguatkuasa Syariah Kemaman, beliau telah ditahan ketika berdua-duan dalam bilik hotel tersebut pada jam 2 pagi bersama seorang janda yang dipercayai adalah pekerjanya sendiri.
Janda tersebut dikatakan bekerja sebagai penjaga tandas awam di Padang Astaka, disini, dimana kontrak menjaga tandas tersebut diperolehi oleh Abu Bakar.
Pak Kar di lepaskan pada jam 4 pagi setelah soal siasat dibuat dan akan didakwa di Makhamah Rendah Syariah Kemaman, tidak berapa lama lagi .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan