Selasa, 1 September 2009

Krisis Umno/BN Terengganu Terus Meruncing; ADUN Nekad Mahu Letak Jawatan

Wartawan Buletin


KUALA TERENGGANU – Krisis Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dijangka terus meruncing apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dimaklumkan nekad mahu meletakkan jawatan.

Sumber Buletinonline memberitahu, ADUN tersebut yang juga Exco kerajaan negeri dikatakan sudah tidak tahan menghadapi kecelaruan pentadbiran Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said.

Sumber tersebut berkata, ADUN berkenaan dijangka meletakkan jawatan dalam tempoh sebulan dua ini.

Dengan pengakuan terbaru ADUN Umno/BN hari ini, mengesahkan kebenaran desas-desus berkaitan beberapa ADUN Umno/BN yang akan keluar dari parti itu.

Rabu lalu, 26 Ogos, Bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu Dato’ Rosol Wahid menafikan beliau dan kumpulan ’10 budak hitam’nya mahu melompat dan menyertai Parti Kedailan rakyat (PKR).

Dua hari selepas itu, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata sebaliknya, mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti.

Nawi sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar Internet berkata, cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Menurut Nawi, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.

2 ulasan:

maw berkata...

mudah aja bagi selesai semua kemelut istihar bubur dewan negeri adakan pilihan raya habis cerita karut malut ni.biar rakyat tentukan pemimpin mereka.supaya pemimpin yang baru boleh meneruskan kehidupan rakyat.sampai bila rakyat harus menunggu dan menjadi mangsa kemelut percakaran pemimpin bn/umno.bagilah pulak rakyat membuat suatu keadilan buat diri mereka iaitu memilih pemimpin berjiwa rakyat dan bukan pemimpin bercakaran kemaruk kuasa.

maw berkata...

bubur seharusnya dibaca bubar mohon maaf.