SINAR HARIAN ONLINE
DAMANSARA- Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut berharap pihak berkuasa dapat menangkap dalang yang membawa ‘kepala lembu’ dalam pe-rarakan bantahan ke pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri Selangor (SUK).
Ketuanya Mahadhir Sulaiman berkata, dalam tindakan provokatif itu perlu dikenakan tindakan tegas termasuk ditahan dibawah ISA kerana cuba menaikkan api perkauman di negara ini.
“Ia sesuatu yang tidak seharusnya berlaku dan amat memalukan serta melampau, sepatutnya perkara seperti itu tidak berlaku," katanya.
Menurut beliau tidak kira parti apa sekalipun yang terlibat, cara yang dibuat bertentangan dengan agama dan budaya Malaysia dan alasan mengatakan bahawa mereka menggunakan kepala lembu itu sebagai simbol kebodohan Kerajaan Negeri adalah tidak logik.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada rumah anak yatim, iaitu Rumah Ilham dan Baitulizah anjuran Pemuda UMNO Segambut di sini.
Katanya, negara kini rancak mempromosikan 1Malaysia tetapi perkara ini telah mencacatkan usaha kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan