Jumaat, 21 Ogos 2009

Sebuah lagi sekolah di USJ ditutup

MSTAR ONLINE


PETALING JAYA: SAH! Sekolah Menengah USJ 12 yang sebelum ini kecoh dengan tersebarnya berita mengatakan guru matematiknya Chai Mee Feng meninggal dunia kerana Influenza A H1N1 secara rasminya menerima arahan penutupan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bermula semalam (Khamis) sehingga 28 Ogos ini.

Berita mengenai kematian guru matematik sekolah berkenaan telah menyebabkan ibu-bapa panik sehinggakan ada yang datang ke sekolah dan membawa pulang anak-anak mereka yang sedang menduduki peperiksaan penggal pertengahan tahun kelmarin dan semalam.

Malah pagi ini masih ada ibu-bapa yang singgah di hadapan pagar sekolah demi untuk memastikan apakah benar terdapatnya arahan supaya sekolah berkenaan ditutup.

Isu mengenai penutup sekolah ini mula menjadi buah mulut masyarakat sekitar selepas Sekolah Rendah Kebangsaan USJ20 menerima arahan penutupan pada Rabu lalu setelah dua orang murid tahun duanya - seorang lelaki dan seorang perempuan - disahkan positif A H1N1.

Bagaimanapun arahan penutupan tersebut hanya dikuatkuasakan di Sekolah Rendah Kebangsaan USJ20 tetapi Sekolah Menengah USJ12 masih beroperasi seperti biasa walaupun khabar angin mengenai penutupan tersebut dikatakan bermula dari sekolah menengah itu.

Tiada ulasan: