Sabtu, 1 Ogos 2009

Polis tutup laluan ke Istana Negara

MALAYSIA KINI


Polis menutup semua jalan menuju ke Istana Negara menjelang berlangsungnya dua perhimpunan - pro dan anti-ISA - yang dijadual bermula jam 2 petang ini.

Di hadapan Istana negara - yang biasanya dipenuh bas-bas yang membawa pelancong- - pagi ini kelihatan barisan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) termasuk trak meriam air di tempat di situ.

Istana Negara menjadi destinasi kedua-dua perhimpunan tersebut untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada mulanya, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) merancang untuk menghimpunkan 100,000 untuk berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut, meminta Yang di-Pertuan Agong mendesak kerajaan supaya memansuhkan ISA.

Undang-undang yang berusia 49 tahun itu digubal untuk membasmikan ancaman komunis tetapi para pengkritiknya mendakwa ia kini disalahgunakan untuk menahan penentang kerajaan tanpa bicara.

GMI turut disertai parti-parti pembangkang - PKR, PAS dan DAP. semalam PAS meminta ahli-ahlinya supaya menyertai perhimpunan hari ini.

Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang - yang dua kali ditahan di bawah ISA - akan mengetuai protes hari ini bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Manakala Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) pula merancang mengadakan perhimpunan pro-ISA, kecuali jika GMI membatalkan perhimpunannya.

Penyokong Pewaris akan memakai baju berwarna putih manakala penyokong GMI pula akan memakai baju berwarna hitam dan merah.

Kedua-dua pihak akan mula berkumpul mulai jam dua petang di beberapa lokasi yang pusat bandar.

Tiada ulasan: