PERMATANG PASIR, 25 Ogos - Sejak awal pagi hari mengundi lagi, Pemuda Umno-BN hari ini sebagai individu pemula yang melanggar peraturan pilihanraya yang ditetapkan oleh SPR. "BN-Umno lah yang memulakan bangsal panas dan kaunter semakan pemilih ni,
"Penyokong Umno juga dilaporkan memakai unifom rasmi parti BN yang membawa lambang Umno," jelas petugas Pakatan Rakyat, Zakaria Abd Rahman yang berada di UPU Cross Street.
Sepanjang pemantauan, wartawan TE@M IT mendapati terdapat 3 buah bangsal panas Umno di dirikan sekitar Bukit Indera Muda yang berhampiran pusat pembuangan undi di Sek. Keb. Bukit Indera Muda.
Malah tegahan Penegerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf yang melarang memasang logo, lambang dan bendera pada kenderaan... sama ada yang kecil ataupun besar, tidak Selain dari melanggar peraturan membina bangsal panas mereka juga dilihat telah melanggar beberapa lagi peraturan yang ditetapkan SPR dengan memakai pakaian parti secara berunifom antaranya: 1. T-shirt Merah yang bertuliskan perkataan UMNO 2. T-shirt biru tua yang bertulis Kesatria Pemuda UMNO Malaysia 3. T-shirt Kuning yang bertulis Pemuda UMNO Kepala batas 4. T-shirt Merah jambu yang bertuliskan Puteri UMNO
Keempat-empat jenis pemakaian t-shirt ini membuktikan UMNO dan BN melanggar peraturan yang telah dicipta oleh mereka sendiri.
Apa yang jelas sekarang ini, BN-Umno lah yang mula-mula cuba melanggar keputusan SPR, namun tiada pula tindakan dari pihak berkuasa dikenakan kepada mereka. Ini menunjukkan seolah-olah SPR tidak menggunakan kuasa dengan sewajarnya.
Usaha suruhanjaya itu untuk mengawal perbuatan berkempen sebaik sahaja tempoh berkempen rasmi berakhir 12 tengah malam tadi dilihat gagal diuruskan sebaiknya.
Bukti-bukti ini akan didedahkan dari masa ke semasa untuk paparan umum. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan