Jumaat, 21 Ogos 2009

Pemuda BN dicabar - Debat siapa pengkhianat negara

Ditulis oleh Pilihanraya Kecil Permatang Pasir N11


KUBANG SEMANG - Pemuda Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hasan Tantawi bersetuju menghantar mesej atau seruan kepada pemuda Barisan Nasional untuk mengadakan satu perdebatan mengenai "Siapakah Sebenarnya Pengkhianat Negara."

Cabaran ini dilihat sebagai suatu tindakan yang wajar dalam mempertahankan kepentingan rakyat setelah 7 kali pelawaan untuk berdebat dihantar kepada pemuda UMNO tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

Persetujuan tersebut juga dicapai ekoran tuduhan Pemuda BN yang menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa.Sehubungan dengan perkara ini,Pemuda Pakatan Rakyat mencabar Pemuda BN samada dari UMNO, MCA, MIC mahupun GERAKAN untuk tampil dalam perdebatan tersebut beserta bukti-bukti yang jelas terhadap tuduhan yang dilemparkan.

Perdebatan ini akan diadakan pada 23 Ogos, jam 9.00 malam di perkarangan kedai runcit Asri Kampung Permatang Tengah,demikian pengumuman oleh Nasruddin pada sidang media sejurus selepas menghadiri perlawanan persahabatan bola Sepak di Kubang Semang antara Kubang Semang FC vs YB Pemuda Pakatan Rakyat semalam.

Turut hadir pada perlawanan itu ialah calon pilihan raya kecil Permatang Pasir,Haji Mohd. Salleh Man. Perlawanan berakhir pada pukul 7.00 petang.

Tiada ulasan: