Isnin, 24 Ogos 2009

PAS kesal Umno tidak bersihkan imej Yusri isu pecah amanah

Abdul Rahim Sabri


PAS kesal dengan tindakan calon BN Rohaizat Othman dan pemimpin Umno yang masih enggan untuk menarik balik tuduhan yang dilontarkan terhadap Yusri Isahak berhubung isu penyelewangan wang Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kehadiran Yusri, bekas rakan kongsi firma guaman Rohaizat, atas pentas PAS untuk membersihkan nama baik dirinya.

"Yusri yang berasa dirinya dikambinghitamkan oleh Rohaizat serta pimpinan Umno juga sebenarnya mahu kes pecah amanah yang dikaitkan dengan dirinya turut ditanggung bersama-sama oleh rakan kongsinya, Rohaizat.

"Rohaizat bertuah kerana mendapat kawan sejujur Yusri. Sehingga sekarang Rohaizat dan pimpinan Umno masih enggan menarik balik segala tuduhan yang dilontarkan terhadap Yusri, sekaligus menunjukkan sifat tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruahnya pemimpin Umno,” kata Mahfuz.

Dalam sidang media itu juga, Mahfuz juga berkata PAS sejak awal konsisten dengan pendirian bahawa isu pecah amanah Rohaizat bukan untuk menyerang peribadinya tetapi isu integriti seseorang wakil rakyat.

"PAS konsisten melihat kes pecah amanah Rohaizat itu bukan isu peribadi, tetapi isu integriti yang begitu yang begitu penting bagi calon ADUN Permatang Pasir.

"Saya yakin minda yang waras sama sekali tidak boleh menerima seorang calon yang sah pernah pecah amanah,” katanya, yang juga pengarah pilihanraya kecil tersebut.

Semalam Yusri tampil sekali lagi di depan media massa bagi menjelaskan kenyataan terbukanya minggu lalu bertujuan membersihkan namanya dan tidak berniat untuk menjatuhkan Rohaizat dalam pilihan raya tersebut.

Tiada ulasan: