Sabtu, 22 Ogos 2009

MB Cadang Badrul Hisham Dapatkan Rawatan

TV SELANGOR


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mencadangkan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah supaya mendapatkan rawatan doktor, termasuk pakar psikatri bagi mengatasi masalah kesihatan yang dihadapinya.

Menurutnya, cadangan ini dibuat berikutan Badrul masih lagi tidak sihat dan tidak dapat menumpukan perhatian penuh kepada tugasnya sebagai wakil rakyat, mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau menjelaskan, sebelum bertanding dalam pilihan raya umum lalu, Badrul Hisham telah mengalami kemalangan sehingga memberikan kesan kepada otaknya, menyebabkan beliau sering mengantuk pada siang hari.

Tan Sri Khalid berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media mengenai kedudukan Badrul yang dilaporkan tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Semalam, Tan Sri Khalid dalam kenyataannya berkata, Pakatan Rakyat Selangor akan terus memantau pergerakan ADUN Pelabuhan Klang itu yang dilaporkan masih tidak sihat.

Menurutnya, beberapa ADUN dan ahli Parlimen PKR telah ditugaskan untuk membantu Badrul dalam melaksanakan tugas-tugasnya di kawasan berkenaan.

Tiada ulasan: