Mengapa Hishamudin jadi Pengerusi Perhubungan Negeri!
Editor Buletin
Pada 17 Ogos yang lalu, ramai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berarak dan berkumpul di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Permatang Pauh, bagi menyokong calon PAS, Ustaz Salleh Man semasa hari penamaan calon.
Ketika itu kawan dari Terengganu yang turut berada disana menghubungi saya, katanya, beliau nampak Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
”Macamana Hishamudin berada di IKBN Permatang Pauh pagi ni? Bukankah dia ada perjumpaan besar di Terengganu?,”tanya kawan itu kepada saya.
Saya hanya menjawab; biasalah, dia akan ke Terengganu dengan menaiki pesawat Firefly dari Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu.
Tapi kawan itu terus bersungut, katanya, mana ada lagi penerbangan Firefly dari Pulau Pinang ke Kuala Terengganu.
”Laluan Firefly tu tidak lagi ada dalam senarai penebangan, aku semak dalam laman web Firefly, aku ingat nak ke Pulau Pinang untuk penamaan calon nak naik Firefly,
”malangnya tak ada....mungkin tak ada sambutan,”katanya.
Eh...eh... kalau begitu, bagaimana Hishamudin ada di IKBN pagi itu dan akan ke Terengganu selepas itu untuk program Mega UMNO Terengganu. Satu himpunan besar-besaran dikatakan akan diadakan pada hari tersebut.
Ah.... apa susah.... jawab kawan itu, helikopter, kapalterbang tentera dan tak tentera kan banyak, panggil saja, pasti datang tiga empat buah, kalau Hishamudin nak ke mana-mana.
”Tapi kan di Kuala Terengganu tu program parti, program UMNO, mana boleh gunakan khidmat Angkatan Tentera atau mana-mana helikopter atau kapalterbang kerajaan,”jawabku.
”Erhhh... UMNO sekarang mana peduli, dia kira lepas, tak ada dosa pahala, tak tahu yang mana amanah rakyat, yang mana UMNO punya, yang mana kerajaan punya...... dia kira dia punya belaka.....”jelas kawan tersebut.
Kemudia lewat petang itu keluarlah satu kenyataan didada akbar versi internet yang berbunyi, ”Hishammuddin Nafi Umno Terengganu Berpecah”.
Beritanya lebih kurang seperti berikut;
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno Terengganu kini berpecah dan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas.
Sebaliknya, Hishammuddin yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, berkata perpaduan serta semangat anggota Umno negeri itu ketika ini begitu tinggi.
"Sejak kebelakangan ini, ada tuduhan daripada pihak-pihak tertentu bahawa Umno Terengganu berpecah, pemimpin-pemimpin bertelagah dan bersengketa.
"Tuduhan itu tidak berasas kerana Umno masih lagi mendapat tempat bagi membela bangsa Melayu," katanya semasa melancarkan Gerak Kepimpinan Terengganu di hadapan kira-kira 5,000 anggota Umno empat peringkat di Stadium Negeri, di sini Isnin.
Turut hadir, Menteri Besar Datuk Ahmad Said yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.
Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri bagaimanapun mengakui bahawa sebelum ini wujud persengketaan di kalangan pemimpin Umno Terengganu namun perselisihan faham itu telah diselesaikan.
Katanya bagi memastikan masalah itu tidak berlarutan, beliau telah mengadakan pertemuan dengan semua anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Adun) serta ketua-ketua Bahagian Umno di negeri itu, supaya mereka kembali memperkukuhkan parti.
"Malah di peringkat akar umbi, mereka mahu melihat Umno Terengganu kembali bersatu dan utuh. Maka, pemimpin-pemimpin Umno perlu rapatkan barisan terutama bagi menghadapi pilihan raya umum (ke-13) akan datang," katanya.
Dalam pada itu, beliau mahu anggota Umno Terengganu terus bersatu dan menunjukkan semangat luar biasa bagi memastikan parti itu terus relevan dalam membela nasib bangsa Melayu.
"Inilah harapan saya selepas dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu. Oleh itu, mulai hari ini saya mengarahkan Umno Terengganu supaya bangkit dengan semangat dan kesedaran yang luar biasa (untuk memenangi hati rakyat)," katanya.
Setelah baca berita itu, sahlah Hishamudin memang tidak dapat membezakan yang mana hak kerajaan, yang mana hak rakyat dan yang mana hak UMNO.
Sepatutnya sebagai pemimpin UMNO yang mahu menghadiri majlis UMNO, beliau tidak boleh menggunakan kemudahan kerajaan, sebaliknya guna peruntukan UMNO atau wang sakunya sendiri.
Sebab itu kenyataan Hishamudin juga seolah-olah seperti orang yang telah hilang kawalan, tidak sedarkan diri, mungkin hilang akal, tidak waras atau gila.
Beliau mengatakan tidak ada perpecahan dalam UMNO Terengganu, menafikan aUMNO Terengganu ada masalah, menyatakan UMNO Terengganu bersatu padu.
Perkara ini semua orang seantero Malaysia semuanya dah tahu UMNO Terengganu berpecah kepada dua kabilah, kumpulan menyokong bekas Menteri Besar dan kumpulan menyokong Menteri Beasr.
Dan kalau UMNO Terengganu tidak berpecah, kenapa pula beliau sendiri di lantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu ???
Sebab UMBNO berpecah lah yang ida dilantik oleh sepupunya Najib untuk menyelsaikan masalah perpecahan UMNO di Terengganu... bukan begitu ??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan