Ahad, 30 Ogos 2009

Jalan Parlimen ditutup pagi Isnin

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jalan menghala ke bangunan Parlimen (Jalan Parlimen) akan ditutup sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 Isnin ini.

Pegawai Gerakan Trafik Kuala Lumpur, Cif Inspektor Mohd Irwan Abdul Rahim, berkata jalan itu akan ditutup mulai 7.30 pagi hingga 9 pagi dan akan dibuka semula selepas selesai upacara berkenaan.

Sambutan Hari Kemerdekaan kali ini akan diadakan di Dataran Parlimen, dijangka selama 40 minit dengan kehadiran peserta terhad kira-kira 8,600 orang sahaja.

Seramai 6,000 rakyat akan membentuk dua barisan dan akan memenuhi sepanjang jalan bermula dari bulatan Bank Negara hingga ke pintu gerbang Parlimen.

Tiada ulasan: