TV SELANGOR
Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini pelbagai aktiviti kebajikan dianjurkan oleh pelbagai pihak untuk mendapat keberkatan dan fadhilatnya.
Tidak ketinggalan sebuah hotel di Shah Alam yang mula mengedarkan bubur lambuk secara percuma untuk orang ramai.
Pengurus Pembangunan Perniagaan Carlton Holiday, Rozelinda Mustapha berkata, program memasak bubur lambuk ini bermula seawal 9 pagi tadi dan berakhir kira-kira jam 1 petang diikuti dengan kerja-kerja pembungkusan.
Katanya, ia dijayakan secara gotong-royong oleh kakitangan Carlton Holiday.
"Dan hari ini actually kita punyak kemuncak pengagihan bubur lambuk dimana baru sebentar tadi kita baru selesai mengagihkan 1,000 kepada bangunan MBSA, dan selepas ini dijadualkan kita akan terus bertolak ke lokasi Lebuhraya Shah Alam Kesas,dimana kita akan membuat
pengagihan bubur lambuk sebanyak satu ribu juga",katanya.
Sebelum ini, Rozelinda berkata pihaknya turut mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada kakitangan awam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Beliau juga bercadang mengagih-agihkan bubur lambuk sepanjang bulan ramadhan kepada masjid-masjid terpilih di negeri ini.
“So, kita punya sasaran masjid yang tidak begitu banyak sumbangan”,katanya.
Dalam pada itu, TV Selangor petang tadi sempat mengikuti pengagihan bubur lambuk oleh kakitangan hotel berkenaan, diketuai Pengurus Besarnya, Mohd Rafi Abdullah.
Sebanyak 1,000 peket bubur lambuk diagihkan kepada pengguna di Lebuhraya Kelang - Shah Alam atau KESAS.
Pengedaran bubur lambuk secara percuma ini merupakan kali pertama dianjurkan Carlton Holiday.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan