HALIK ZAMAN
KITA bicarakan dulu fasal peruntukan kewangan dari Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Sabah yang dikatakan berbillion Ringgit Malaysia dan kita tidak tahu apakah peruntukan itu sudah sampai keSabah atau masih lagi melalui berbagai prosedur. Atau hujung tahun baru sampai. Ataupun dalam diam-diam Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah sudah pun membelanjakannya atas nama Kerajaan Sabah?
Kalau peruntukan kewangan dari Kerajaan Pusat itu dikirim keSabah, biasanya projek yang berjuta-juta ringgit itu tidak ditender secara terbuka, lazimnya diberikan kepada kontaktor secara ‘negotiate tender.’
Cara ‘negotiate tender’ ini bisa sahaja diberikan kepada kroni, anak buah atau yang rapat dengan Ketua Menteri sahaja yang selalu bernasib baik.
Kita pun mendengar Ketua SPRM sudah membuat penyiasatan kepada semua pertuduhan rasuah ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan lain-lain Menteri Kerajaan Negeri. Penyiasatan rasuah selesai, jawapan yang rakyat terima “No case to answer”.
Kita pun dengar berita TV3 sekembalinya Ketua SPRM dari penyiasatan kes rasuah, beliau pun menerima anugerah gelaran Datuk Seri Panglima. Tahniah Datuk atas kerja keras Datuk kepada rakyat Sabah.
Kita tidak menuduh siapa-siapa menerima rasuah, sama ada Ketua Menteri atau Menteri-Menteri Kabinet, tapi bila kita lihat “mansion mewah” (4 kali lebih besar dari banglo mewah) sudah lebih mahal harga ‘mansion mewah” itu dari gaji yang mereka terima. Yang musykil dari pandangan mata rakyat, hasil penyiasatan SPRM tidak didedahkan kepada umum sebagai mengelakkan salah tanggapan rakyat kepada Ketua Menteri dan Menteri-Menteri yang punya mansion mewah itu?
Mungkin rakyat ingin tahu kebersihan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri-Menteri Kabinet Sabah, dari mana sumber kewangan untuk mereka membina mansion mewah, punya harta banyak? Tugas SPRM mendedahkan hasil penyiasatan mereka kesemua harta benda Menteri-Menteri Kabinet Sabah agar rakyat tidak akan menuduh atau berburuk sangka kepada mereka. Sebab Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet adalah public figure.
Kita sama sekali tidak berniat menuduh Ketua Menteri Sabah atau Menteri-Menteri Sabah menerima rasuah, tapi rakyat ada yang melihat di antara Menteri-Menteri Sabah punya mansion mewah, punya banglo dua tiga dan punya bangunan dan tanah serta kereta kereta mewah. SPRM perlu jelaskan kepada rakyat supaya nama Menteri-Menteri Sabah tidak menjadi perbualan dikedai kedai kopi oleh para pengundi bila PRU13 menjelang tiba.
Seperti yang dikatakan bahawa mereka adalah “public figure”, Ketua Menteri, Menteri-Menteri dan Yb.Yb. wakil rakyat, mereka dimiliki oleh rakyat dan rakyat bangga jika Menteri Menteri dan Yb.Yb. rakyat, seorang yang bersih dari sangkaan rasuah, sebarang syak wassangka dari rakyat.
Pendedahan terperinci semua harta benda Menteri-Menteri dan Yb.Yb. ke pengetahuan rakyat sangatlah dialu-alukan. Kalau pun SPRM merasa keberatan, atau terikat dengan perundangan maka ia akan terserlah lah anggapan negatif dari rakyat terhadap wibawa Ketua Menteri, Menteri-Menteri dan Yb.Yb. bila hari penentuan tiba maka banyak lah Menteri-Menteri dan Yb.Yb. akan jatuh tersungkur di tangan undian rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan