Khamis, 2 Julai 2009

Salah membalak atas tanah sendiri

KOSMO!


SELAYANG - Menebang pokok balak walaupun di atas tanah sendiri tetap satu kesalahan.

Itulah yang dipelajari oleh seorang pemilik tanah seluas 99 hektar di paras ketinggian 541 meter dari aras laut dekat Taman Selayang Utama, Batu Caves apabila aduan penduduk yang curiga melihat timbunan kayu balak mendorong siasatan oleh pihak berkuasa semalam.

Siasatan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor serta Jabatan Perhutanan Selangor mendapati pemilik tanah itu tiada permit menebang balak.

Tanah itu adalah tiga lot kawasan seluas 143 hektar yang asalnya dimiliki oleh Yayasan Selangor sebelum akhirnya dibeli oleh pemilik individu.

Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan ketika dihubungi semalam memberitahu, pemilik tanah tinggi tidak boleh membersihkan hutan atau membalak tanpa permit dan kelulusan kerajaan.

Tiada ulasan: