MALAYSIA TODAY / BERNAMA
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di tempat kejadian jenayah sepertimana didakwa dalam pertuduhan liwat terhadapnya, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.
Peguam Edmund Bon berhujah, perkara itu terkandung dalam notis alibi yang diserahkan oleh Anwar kepada pihak pendakwaan bulan lepas.
Dalam alibi itu, dinyatakan bahawa tiada keterangan kukuh mengenai kemasukan zakar dan ini disahkan oleh empat doktor, katanya.
“Sebab itu kami perlukan semua dokumen berkaitan dengan kes ini untuk menyediakan pembelaan terbaik,” kata Bon pada pendengaran permohonan Anwar kepada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan pihak pendakwaan memberikan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya itu secepat mungkin sebelum perbicaraan kes liwat itu bermula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan