MSTAR ONLINE
[DIKEMAS KINI]
HUA HIN, Thailand: Dilihat sebagai kenyataan menolak tanggapan sesetengah pihak tidak akan berundur selepas pemilihan Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau akan kekal dengan pendiriannya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak Mac ini.
Ia diumumkan di sini sebentar tadi.
Abdullah yang juga Presiden Umno tidak mempertahankan kedudukannya itu pada pemilihan kali ini.
Pemilihan berlangsung 26 MAc ini sempena Perhimpunan Agung Tahunan Umno.
Beliau dijadual menyerahkan jawatan Perdana Menteri sejurus selepas itu.
Bagaimanapun belum ada tarikh tetap diumumkan lagi.
Abdullah berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan