Khamis, 26 Mac 2009

PAS Besut berkampung di UPU Bukit Gantang

Ramli Yamat


BESUT - Bagi memastikan kerusi Bukit Gantang terus kekal di tangan PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil 7 April ini, PAS Besut menghantar jentera pilihan raya bermula 15 Mac lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Adam Said berkata, rombongan pertama seramai 30 petugas terdiri daripada jentera pemuda dan muslimat berada di Bukit Gantang selama seminggu.

Katanya, rombongan pertama itu diketuai Pengarah Majlis Tindakan Dun Jertih, Haji Hassan Salleh.

"Kita menggerakkan jentera kempen di Kampung Bukit Gantang yang terletak dalam Dun Changkat Jering," katanya ketika ditemui di sini.

Manakala kumpulan kedua seramai 30 orang petugas bertolak ke Bukit Gantang 21 Mac lalu bagi menggantikan kumpulan pertama.

Menurutnya PAS Besut diberi tanggungjawab membantu petugas tempatan di UPU Bukit Gantang sehingga ke hari pengundian 7 April ini.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian anggota Parlimen kawasan berkenaan, Roslan Sharom. Dato' Seri Nizar Jamaluddin akan membawa cabaran PAS mempertahankan kerusi tersebut. - mj _

Tiada ulasan: